Dan inilah hasilnya. Harap Suhaily berpuas hati.
Friday, December 26, 2008
Yellow Green Cuppies in Single Packing
Dan inilah hasilnya. Harap Suhaily berpuas hati.
Thursday, December 25, 2008
Ima & Choc Cuppies
Majlis perkahwinan Ima & Ady pd 6/12/08 - Dress & Make-up dari Butik Pengantin Narr
Untuk pengetahuan semua, selain menerima tempahan cupcakes, saya juga menyediakan perkhidmatan pakej perkahwinan iaitu dari make-up, pakaian sanding dan pelamin...
Ok.. berbalik semula tentang tempahan cuppies, Ima menempah cupcakes berperisa cokelat dan disaluti atasnya cokelat juga. Khas untuk makan2 bersama suami dan anak buah...
Tahun 2008 akan berakhir tidak lama lagi. Sweetheartstories merancang menyediakan tier wedding cupcakes, doorgift cupcakes, hiasan pelamin, pakaian sanding dan make-up di dalam satu pakej dengan harga yang berpatutan. Nantikan pengumumannya tidak lama lagi..
Tempahan cupcakes masih diterima seperti biasa untuk pelbagai majlis. Emelkan tempahan anda ke cupcakesmuffins@gmail.com atau hubungi saya terus di 017.3316074
Wednesday, December 24, 2008
Sekilas Infor
Kali ini saya ingin menarik perhatian anda semua berkenaan proses tempahan cupcakes Sweetheartstories.
Sebelum ini pihak Sweetheartstories membenarkan para pelanggan kami membuat bayaran cupcakes semasa hari mengambil tempahan mereka.. (cash on delivery). Kecuali jika mereka menempah dengan kuantiti yang banyak, selalunya pihak Sweetheartstories meminta mereka membayar deposit sebanyak 40% dari jumlah harga tempahan dan selebihnya boleh dibayar semasa hari menerima tempahan..
Setelah difikir semula dan beberapa kali pihak Sweetheartstories mengalami perkara yang sama, dengan ini saya ingin memberitahu bahawa semua pembayaran untuk tempahan cupcakes perlulah dijelaskan 3 hari sebelum tarikh mengambil tempahan. Sama ada anda boleh membayar melalui maybank2u atau boleh berjumpa dengan saya di lokasi pick up point iaitu di Stesen Petronas Mutiara Damansara. Atau dimana2 saja sekitar kawasan Kota Damansara.
Pihak Sweetheartstories perlu bertegas mengenai pembayaran kali ini kerana:
- Sweetheartstories beberapa kali menerima tempahan tetapi satu atau dua hari sebelum tarikh pick-up, mereka membatalkan tempahan.
- Tidak mengambil tempahan yang dibuat pada tarikh yang telah dijanjikan.
- Sweetheartstories telah membuat 'preparation' jika mereka ada special request, dan apabila kelengkapan semua telah dibeli akhirnya membatalkan tempahan, pihak sweetheartstories akan mengalami sedikit kerugian.
Harap para pelanggan memahami situasi kami, dan rasanya bukanlah Sweetheartstories saja yang meletakkan syarat pembayaran seperti ini, ada juga beberapa pengusaha cupcakes yang lain diluar sana meletakkan syarat seperti ini adalah bertujuan untuk mengelakkan masalah seperti yang telah dinyatakan di atas terjadi.
Sweetheartstories ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pelanggan2 yang telah menempah cupcakes dalam tempoh tiga bulan Sweethearstories beroperasi. Segala kekurangan akan ditingkatkan dari semasa ke semasa.
Jika anda ingin membuat tempahan cupcakes untuk sebarang acara, emelkan detail tempahan anda ke cupcakesmuffins@gmail.com atau hubungi saya terus di 017.3316074
Thursday, December 18, 2008
Ungu - Cinta Dalam Hati
Mungkin ini memang jalan takdirku,
Mengagumi tanpa dicintai,
Tak mengapa bagiku,
Asal kau pun bahagia dalam hidupmu.. dalam hidupmu..
Telah lama kupendam perasaan itu,
Menunggu hatimu menyambut diriku,
Tak mengapa bagiku,
Mencintaimu pun adalah bahagia untukku.. bahagia untukku..
Ku ingin kau tahu diriku di sini menanti dirimu,
Meski ku tunggu hingga hujung waktuku,
Dan berharap rasa ini kan abadi untuk selamanya...
Dan izinkan aku memeluk dirimu kali ini saja,
Tuk ucapkan selamat tinggal untuk selamanya,
Dan biarkan rasa ini bahagia untuk sekejap saja...
Anda akan dengar lagu nie selepas lagu 'Ayat-ayat Cinta' dalam blogs http://sweetheartstories.blogspot.com/
Wednesday, December 17, 2008
Order by Cindy
100 pcs cuppies tu dibahagikan kepada tiga bahagian.
Bahagian Pertama:
30 pcs dituliskan 'Welcome back Keer!' Tapi tak sure pulak siapa Keer nie..
Bahagian Kedua
I think for her doughter.. 'Happy B'day Jean!'
Tuesday, December 16, 2008
Cuppies for Luxorian
25 pcs cuppies disediakan pada hari pertama training.. Simple decoration dan hanya ada tulisan Luxor saja..
Gambar muffins lupa pulak nak ambil...
Monday, December 15, 2008
Cuppies in Purple Theme
Ila pesan " buat cantik2 yer.."
Dan inilah hasilnya...
Di kiri dan kanan bunga terdapat rama-rama berwarna kuning..
Sunday, December 14, 2008
Cuppies for Door Gift
Cuppies nie untuk dihadiahkan kepada tetamu semasa majlis perkahwinan Shima pada 14 Dec 08.
Friday, December 12, 2008
Friday, December 5, 2008
Ceritera Cinta
Hantaran for Ila & Saiful
Sweetheartstories mencuba yang terbaik untuk mereka.. dari hiasan cuppies hinggalah ke dekorasi kotak hantaran.
Kepada sesiapa yang ingin membuat tempahan untuk cuppies hantaran seperti Ila, boleh lah hubungi di talian hotline 017-3316074 atau emelkan detail anda kepada cupcakesmuffins@gmail.com
Friday, November 28, 2008
Cake 1KG
Saya hanya ingin mencuba dan mendeco cake 1kg saja. Dan cake tu telah diberi kepada kawan-kawan untuk dimakan.. Sekali sekala bersedekah.. moga-moga dimurahkan rezeki.. Amin..
Tuesday, November 25, 2008
Cuppies Special Edition
Simple design saja, saya nak buat bentuk love atas cuppies tu. Tapi tak pasti nampak tak rupa love tu.. white - pink theme color..
Thursday, November 20, 2008
Order from Suhaily
Suhaily order 25 pcs medium cuppies. Tapi dia request untuk buat single packing. Katanya nak beri pada org.. tapi saya tak pasti lah nak bagi pada siapa kan..
Suhaily request lagi.. nak kaler green+purple tapi mesti kaler tu soft2.. tak nak terang sgt. Inilah hasil cuppies untuk Suhaily, harap awak berpuas hati ye...
Wednesday, November 19, 2008
Fast Sale on Thursday
Memandangkan cuti sekolah sudah bermula, jadi design untuk fast sale cuppies pun bertemakan cartoon. It's look simple & nice..
Detail berkenaan fast sale untuk esok:-
Tuesday, November 18, 2008
Fast Sale Datang Lagi..
Segala detail berkenaan fast sale.. saya akan umumkan esok..
Kepada sesiapa yang berminat, kindly check my blogs selalu ye.. thanks..
Monday, November 10, 2008
Graduation & Fast Sale
***********************************************************************************
Fast Sale last Sunday..
Sweetheartstories sediakan 10 set untuk fast sale minggu lepas. Malangnya 2 set telah terjatuh dan merosakkan design yang telah dibuat. So untuk cuppies yg dah ter'jatuh' tu, owner sweetheartstories sendiri yang makan...
Friday, November 7, 2008
Fast Sale on Sunday
Detail berkenaan cupcakes fast sale seperti berikut:~
- Saiz: mini cuppies
- 6 pcs per set
- Chocolate flavor with bc decorating
- RM4 per set
- Collection date on Sunday about 11am at Petronas Station, Mutiara Damansara
- Available for 10 set only
- Call me first to booking
- No request for decorating. Terima aje deco ape yg ada..
Fast sale nie tujuannya untuk anda makan-makan dan merasa produk sweetheartstories.
Tempahan cupcakes untuk sebarang majlis? call me at 017.3316074 or emel to cupcakesmuffins@gmail
FYI, dis weekend saya tak akan buka emel kerana kesibukan harian. Jika inginkan maklumat pantas.. can sms me.. Saya akan baca emel anda pada hari Isnin minggu depan..
Thursday, November 6, 2008
Pengiklanan : Tempahan Pelamin
Selain dari produk cupcakes.. sweetheartstories juga menyediakan perkhidmatan sewaan pelamin dengan harga yang berpatutan. Disini kami ingin menawarkan tempahan pelamin yang dimaksudkan dengan harga RM750 (tidak termasuk charge pengangkutan). Pelamin tersebut sesuai digunakan untuk majlis yang berlangsung di dewan/tempat terbuka sahaja. kami yakin akan menghasilkan pelamin yang menarik dengan penggunaan aksesori sampingan dan bunga2an artificial yang berkualiti. Sentuhan pelamin itu nanti kelihatan simple tetapi penuh elegen dan bergaya. Setiap tempahan pelamin yang diterima, anda akan menerima 3 tier cupcakes (35-40 pcs medium size with buttercream beserta dekorasi untuk anda letakkan dimeja makan pengantin / mana2 shj pilihan anda. Warna tema adalah pilihan anda)
Tempahan yang telah diterima:
1. Yati ~ Putrajaya ~ 23 Nov 08
2. Syed ~ Shah Alam ~ 1 Mac 09
Deposit serendah RM200. Baki bayaran perlu dijelaskan sebaik shj selesai pemasangan pelamin. Promosi ini khas untuk majlis yang akan berlangsung antara 15 Oct 08 hingga 28 Feb 09 shj..
Untuk tempahan ? hubungi saya di 017.3316074 atau emel saya di cupcakesmuffins@gmail.com
Tuesday, November 4, 2008
My Cute Mice..
Monday, November 3, 2008
Pemberitahuan
Saya ingin memberitahu sesuatu..
Untuk pengetahuan semua, Sweetheartstories ~ cupcakes & muffins adalah satu perniagaan yang beroperasi dari rumah saja. Bukan kedai ye.. Anda perlu membuat order beberapa hari sebelum tarikh event/function anda.. Pick up untuk order anda hanya di Station Petronas, Mutiara Damansara. Buat masa ini saya tidak membuat perkhidmatan delivery. Masa saya amat terhad untuk membuat delivery kepada anda... maaf ye..
Beberapa hari nie saya telah menerima beberapa panggilan telefon.. mereka nak cari kedai saya.. Maaf.. sekalli lagi saya katakan.. ini adalah home base bisness saja..
**********************************************************************************
Minggu lepas saya ada menerima tempahan cupcakes untuk hantaran pertunangan. Tapi saya tidak dapat upload gambarnya disini kerana masalah memory card saya.. So, untuk Maisarah.. kalau ada pic cupcakes tu harap emel kepada saya ye.. So kita boleh berkongsi gambar di sini..
*********************************************************************************
Mulai hari ini saya bercadang tidak mahu menerima tempahan muffins lagi.. Sweetheartstories hanya khusus untuk cupcakes saja. Saya ada membuat senarai beberapa jenis muffins dan harga di sebelah kanan anda..
Antara muffins sweetheartstories seperti chocolate chip muffins, strawberry muffins, pineapple muffins, mix fruit muffins. Dan sweetheartstories akan meng'upgrade' cupcakes yg sedia ada. contohnya mixfruit cupcakes, chocolate chip cupcakes, strawberry cupcakes, pineapple cupcakes... Contoh: Jika anda ingin order 1 set (25 pcs for medium size) mixfruit cupcakes, anda perlu membuat penambahan RM5 saja untuk setiap set.
Jadi.. apa tunggu lagi.. sila buat tempahan sekarang.. hubungi saya 017-3316074 atau emel to cupcakesmuffins@gmail.com
Wednesday, October 29, 2008
Pandangan dan Idea Anda..
Kepada mereka yang pernah membuat order cupcakes saya.. terima kasih daun keladi di atas sokongan anda.. komen anda amat bermakna untuk saya bagi meningkatkan mutu servis dan kesedapan produk sweetheartstories.
Sila emelkan komen anda kepada cupcakesmuffins.gmail.com
Kepada sesiapa yang ingin membuat order cupcakes untuk majlis harijadi, reunion, celebration etc.. boleh hubungi saya di talian 017.3316074
Tempahan untuk minggu ini masih dibuka..