Kali ini saya ingin menarik perhatian anda semua berkenaan proses tempahan cupcakes Sweetheartstories.
Sebelum ini pihak Sweetheartstories membenarkan para pelanggan kami membuat bayaran cupcakes semasa hari mengambil tempahan mereka.. (cash on delivery). Kecuali jika mereka menempah dengan kuantiti yang banyak, selalunya pihak Sweetheartstories meminta mereka membayar deposit sebanyak 40% dari jumlah harga tempahan dan selebihnya boleh dibayar semasa hari menerima tempahan..
Setelah difikir semula dan beberapa kali pihak Sweetheartstories mengalami perkara yang sama, dengan ini saya ingin memberitahu bahawa semua pembayaran untuk tempahan cupcakes perlulah dijelaskan 3 hari sebelum tarikh mengambil tempahan. Sama ada anda boleh membayar melalui maybank2u atau boleh berjumpa dengan saya di lokasi pick up point iaitu di Stesen Petronas Mutiara Damansara. Atau dimana2 saja sekitar kawasan Kota Damansara.
Pihak Sweetheartstories perlu bertegas mengenai pembayaran kali ini kerana:
- Sweetheartstories beberapa kali menerima tempahan tetapi satu atau dua hari sebelum tarikh pick-up, mereka membatalkan tempahan.
- Tidak mengambil tempahan yang dibuat pada tarikh yang telah dijanjikan.
- Sweetheartstories telah membuat 'preparation' jika mereka ada special request, dan apabila kelengkapan semua telah dibeli akhirnya membatalkan tempahan, pihak sweetheartstories akan mengalami sedikit kerugian.
Harap para pelanggan memahami situasi kami, dan rasanya bukanlah Sweetheartstories saja yang meletakkan syarat pembayaran seperti ini, ada juga beberapa pengusaha cupcakes yang lain diluar sana meletakkan syarat seperti ini adalah bertujuan untuk mengelakkan masalah seperti yang telah dinyatakan di atas terjadi.
Sweetheartstories ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pelanggan2 yang telah menempah cupcakes dalam tempoh tiga bulan Sweethearstories beroperasi. Segala kekurangan akan ditingkatkan dari semasa ke semasa.
Jika anda ingin membuat tempahan cupcakes untuk sebarang acara, emelkan detail tempahan anda ke cupcakesmuffins@gmail.com atau hubungi saya terus di 017.3316074
No comments:
Post a Comment