Assalamualaikum...
Alhamdulilah. Memang dah lama Sweetheartstories menyimpan cita-cita nak membuka booth di karnival yang besar seperti di Jom Heboh. Mungkin ini dikatakan rezeki.. Alhamdulilah.. Sweetheartstories ditawarkan untuk membuka booth chocolate fountain dan dessert buffet di Karnival Jom Heboh Bukit Jalil pada 29 & 30 December 2012
Push cart disediakan oleh pihak TV3 dan booth sweetheartstories terletak di bahagian Food Pavilion. Memang pelbagai aktiviti diadakan di food pavilion. Antaranya demonstrasi masakan dari chef 5 Rencah 5 Rasa, lepas tu ada demontrasi dekorasi kek perkahwinan dari Kak Norizan Bakers.
Pada pagi Sabtu iaitu hari pertama Jom Heboh berlangsung, ada rakaman secara live berlatarbelakangkan booth pink sweetheartstories yang cute tu.. :)
Menu yang Sweetheartstories sediakan pada hari pertama ialah chocolate fountain, strawberry, marshmallow, rainbow cake, red velvet in jar dan lolipop. Pukul 5 petang aje semua menu telah habis.
Untuk hari kedua, Sweetheartstories menyediakan menu chocolate fountain, strawberry, marshmallow, rainbow cake, red velvet, pavlova dan lolipop. Pukul 12 tengah hari rainbow cake dah habis licin pengunjung beli..
Pada hari Sabtu cuma saya dan suami saja yang melayan customer. Tapi pada hari kedua saya terpaksa meng'import' adik ipar untuk sama membantu kami di booth.
Walaupun hari kedua jumlah choc fondue ditambah, tetapi semua menu tetap habis cepat.. Hari kedua lagi ramai pengunjung sampaikan saya tak sempat nak ambil gambar menu dan booth pada hari kedua.. hahaha..
Walaupun penat tapi saya dan suami tetap happy menjual di booth TV3. Harap pihak tv3 memberi peluang kepada Sweetheartstories untuk membuka booth di Karnival Jom Heboh lagi di masa akan datang.. :)
No comments:
Post a Comment