Friday, December 26, 2008

Yellow Green Cuppies in Single Packing

Suhaily is my regular customer from Flora Damansara. Sangat dekat saja dgn lokasi home based bisnes Sweetheartstories.

Tempahan kali ke tiga dari Suhaily. Mahukan 50 pcs cuppies berperisa chocolate in single packing. Katanya cuppies ini untuk majlis pertunangan adiknya. Cuppies bertemakan warna kuning & hijau.


Sebenarnya Suhaili mahukan design seperti yang pernah saya buatkan untuk Ila. Tetapi gumpaste bunga rose kuning tiada stok di kedai. Saya cuba untuk membuat sendiri bunga rose tersebut. Tetapi kelopaknya tidak menjadi. Sedih betul rasanya.. Akhirnya saya hanya menggunakan buttercream saja untuk menggantikan bunga rose.



Hal ini saya khabarkan pada Suhaily. Alhamdulilah Suhaily boleh menerimanya dan katanya..

".. tak pe janji mesti cantik" Emm.. lagi lah hati saya risau. Takut tak dapat menghasilkan yang terbaik untuk Suhaily.


Dan inilah hasilnya. Harap Suhaily berpuas hati.
Jika anda ingin membuat tempahan cupcakes untuk sebarang majlis, emelkan tempahan anda ke cupcakesmuffins@gmail.com atau hubungi saya terus di 017.3316074

Thursday, December 25, 2008

Ima & Choc Cuppies

Berperisa chocolate dan topping nya pun cokelat. Kali ini ad-hoc order dari Ima. Ima nie pelanggan saya yang pernah menempah pakej perkahwinan dari butik pengantin saya -Butik Pengantin Narr-

Majlis perkahwinan Ima & Ady pd 6/12/08 - Dress & Make-up dari Butik Pengantin Narr


Untuk pengetahuan semua, selain menerima tempahan cupcakes, saya juga menyediakan perkhidmatan pakej perkahwinan iaitu dari make-up, pakaian sanding dan pelamin...

Ok.. berbalik semula tentang tempahan cuppies, Ima menempah cupcakes berperisa cokelat dan disaluti atasnya cokelat juga. Khas untuk makan2 bersama suami dan anak buah...


Tahun 2008 akan berakhir tidak lama lagi. Sweetheartstories merancang menyediakan tier wedding cupcakes, doorgift cupcakes, hiasan pelamin, pakaian sanding dan make-up di dalam satu pakej dengan harga yang berpatutan. Nantikan pengumumannya tidak lama lagi..

Tempahan cupcakes masih diterima seperti biasa untuk pelbagai majlis. Emelkan tempahan anda ke cupcakesmuffins@gmail.com atau hubungi saya terus di 017.3316074

Wednesday, December 24, 2008

Sekilas Infor

Merry X'mas.. kepada mereka yang menyambutnya..

Kali ini saya ingin menarik perhatian anda semua berkenaan proses tempahan cupcakes Sweetheartstories.

Sebelum ini pihak Sweetheartstories membenarkan para pelanggan kami membuat bayaran cupcakes semasa hari mengambil tempahan mereka.. (cash on delivery). Kecuali jika mereka menempah dengan kuantiti yang banyak, selalunya pihak Sweetheartstories meminta mereka membayar deposit sebanyak 40% dari jumlah harga tempahan dan selebihnya boleh dibayar semasa hari menerima tempahan..

Setelah difikir semula dan beberapa kali pihak Sweetheartstories mengalami perkara yang sama, dengan ini saya ingin memberitahu bahawa semua pembayaran untuk tempahan cupcakes perlulah dijelaskan 3 hari sebelum tarikh mengambil tempahan. Sama ada anda boleh membayar melalui maybank2u atau boleh berjumpa dengan saya di lokasi pick up point iaitu di Stesen Petronas Mutiara Damansara. Atau dimana2 saja sekitar kawasan Kota Damansara.

Pihak Sweetheartstories perlu bertegas mengenai pembayaran kali ini kerana:
  • Sweetheartstories beberapa kali menerima tempahan tetapi satu atau dua hari sebelum tarikh pick-up, mereka membatalkan tempahan.
  • Tidak mengambil tempahan yang dibuat pada tarikh yang telah dijanjikan.
  • Sweetheartstories telah membuat 'preparation' jika mereka ada special request, dan apabila kelengkapan semua telah dibeli akhirnya membatalkan tempahan, pihak sweetheartstories akan mengalami sedikit kerugian.

Harap para pelanggan memahami situasi kami, dan rasanya bukanlah Sweetheartstories saja yang meletakkan syarat pembayaran seperti ini, ada juga beberapa pengusaha cupcakes yang lain diluar sana meletakkan syarat seperti ini adalah bertujuan untuk mengelakkan masalah seperti yang telah dinyatakan di atas terjadi.

Sweetheartstories ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pelanggan2 yang telah menempah cupcakes dalam tempoh tiga bulan Sweethearstories beroperasi. Segala kekurangan akan ditingkatkan dari semasa ke semasa.

Jika anda ingin membuat tempahan cupcakes untuk sebarang acara, emelkan detail tempahan anda ke cupcakesmuffins@gmail.com atau hubungi saya terus di 017.3316074

Thursday, December 18, 2008

Ungu - Cinta Dalam Hati

Sesiapa yang selalu berkunjung ke blog ini, pasti tahu kisah antara Arish dan Mie kan.. Untuk pengetahuan semua, Arish sudah pun baca luahan hati Mie dalam blogs nie. Dan ini balasan dari Arish..

Mungkin ini memang jalan takdirku,
Mengagumi tanpa dicintai,
Tak mengapa bagiku,
Asal kau pun bahagia dalam hidupmu.. dalam hidupmu..

Telah lama kupendam perasaan itu,
Menunggu hatimu menyambut diriku,
Tak mengapa bagiku,
Mencintaimu pun adalah bahagia untukku.. bahagia untukku..

Ku ingin kau tahu diriku di sini menanti dirimu,
Meski ku tunggu hingga hujung waktuku,
Dan berharap rasa ini kan abadi untuk selamanya...

Dan izinkan aku memeluk dirimu kali ini saja,
Tuk ucapkan selamat tinggal untuk selamanya,
Dan biarkan rasa ini bahagia untuk sekejap saja...


Anda akan dengar lagu nie selepas lagu 'Ayat-ayat Cinta' dalam blogs http://sweetheartstories.blogspot.com/

Wednesday, December 17, 2008

Order by Cindy

Cindy order dari Sweetheartstories 100 pcs mini cuppies. Tapi ada request dari Cindy..

100 pcs cuppies tu dibahagikan kepada tiga bahagian.

Bahagian Pertama:

30 pcs dituliskan 'Welcome back Keer!' Tapi tak sure pulak siapa Keer nie..


Bahagian Kedua

I think for her doughter.. 'Happy B'day Jean!'

Bahagian Ketiga
Apa-apa saja design.. asalkan cute.... so inilah hasilnya. Hopefully Cindy berpuas hati.

Cindy ada emelkan kepada Sweetheartstories pic design yang dia mahukan untuk bahagian 1 dan 2 tu.. tapi saya tak pasti dari mana pic tu diambil.. so saya pun tak boleh lah nak bagi tahu siapa original designer nyee..
Jika anda ingin membuat tempahan cupcakes untuk sebarang majlis, hubungi saya di 017-3316074 atau emelkan tempahan anda secara detail ke cupcakesmuffins@gmail.com

Tuesday, December 16, 2008

Cuppies for Luxorian

Kali nie Sweetheartstories menyiapkan 50 pcs cuppies dan 50 pcs muffins for Luxor's Staff Training.


25 pcs cuppies disediakan pada hari pertama training.. Simple decoration dan hanya ada tulisan Luxor saja..

Tapi disebabkan ada permintaan, mereka mahu ditulis nama masing-masing atas setiap cuppies.. Jadi pada hari kedua, Sweetheartstories menulis nama masing2 atas cuppies tersebut..

Gambar muffins lupa pulak nak ambil...




Monday, December 15, 2008

Cuppies in Purple Theme

Ila sekali lagi menempah 30 pcs cuppies large size. Dia mahukan tema warna purple untuk dihadiahkan kepada rakan2 pejabatnya..

Ila pesan " buat cantik2 yer.."

Dan inilah hasilnya...


Saya sendiri pun sangat berpuas hati dengan hasil kali ini..


Di kiri dan kanan bunga terdapat rama-rama berwarna kuning..
Hasilnya disimpan dalam transparent container. (Single packing)

Design seperti ini sesuai dijadikan sebagai hantaran perkahwinan atau sebagai hadiah untuk VVIP dalam sesuatu majlis...
Jika anda ingin menempah cupcakes untuk sebarang acara, emelken tempahan anda kepada cupcakesmuffins@gmail.com atau hubungi saya terus di 017-3316074



Sunday, December 14, 2008

Cuppies for Door Gift

Sweetheart menerima tempahan 'separa mega'.. 500 pcs cuppies for single packing.
Cuppies nie untuk dihadiahkan kepada tetamu semasa majlis perkahwinan Shima pada 14 Dec 08.



Ada 4 jenis design yang saya hasilkan untuk 500 pcs cuppies nie. Theme kaler gabungan putih-pink-purple..


Terima kasih Shima kerana memberi peluang ini kepada Sweetheartstories.

Jika anda ingin membuat tempahan seperti Shima, emelkan tempahan anda kepada cupcakesmuffins@gmail.com atau hubungi 017-3316074

Friday, December 12, 2008

Happy Birthday LANA

Happy Birthday LANA...





Tempahan dari bonda Lana khas untuk anak tersayang.
Masa hantar cupcakes nie kat pickup point di Station Petronas Mutiara Damansara sempat jugak lah saya berjumpa dangan Lana.. cute aje..
Terima kasih to Ell atas tempahan anda.. jika ada any comment, emel to me ye.

Friday, December 5, 2008

Ceritera Cinta

Kali ini saya cuba menulis sesuatu yang lain dari kebiasaannya.. Bukan berkenaan fast sale.. bukan berkenaan order cupcakes tapi sesuatu tentang perasaan dari hati..
Cerita ini datangnya dari Mie.. kisah Mie pernah saya tuliskan sedikit di blogs ini tempoh hari..
'Permulaan yang baik, harap berkekalan'
itulah satu ungkapan yang Mie mahu coretkan dlm blogs ini dgn harapan Arish mengetahui apa yang ada dalam hati Mie..
Katanya..
Perasaan sayang Mie pada Arish muncul sejak first time mereka keluar bersama.. Mie pun tak tahu kenapa perasaan tu muncul. Harapan untuk terus bersama tiba-tiba hancur dengan satu kejadian yang menimpa mereka.. Arish seumpama putus harapan dengan kajadian tu. Tetapi tidak bagi Mie.. Mie seboleh2nya berusaha untuk kembalikan Arish padanya.. Mie yakin sesuatu halangan yang menimpa pasti ada hikmahnya..
Mie akan rasa happy jika Arish baca luahan hatinya di blogs nie.. Sekurang2nya Arish tahu apa yang ada dalam hati Mie...
kata Mie lagi.. "Saya sayang Awak"
Okey.. owner Sweetheartstories berharap hubungan Mie dan Arish akan bersambung kembali..

Hantaran for Ila & Saiful

First of all.. nak ucap terima kasih bebanyak to this couple kerana telah memberi peluang kepada Sweetheartstories untuk menghasilkan cuppies hantarannya..

Sweetheartstories mencuba yang terbaik untuk mereka.. dari hiasan cuppies hinggalah ke dekorasi kotak hantaran.


Pada mulanya, saya bercadang untuk menulis nama mereka atas sugarpaste, seolah2 nama mereka ditulis atas papan dan diletakkan atas rumput.. tapi semasa proses mendeco, sugar paste tu terjatuh dan patah.. jadi saya tiada extra..
Rama-rama pula Ila mahukan warna purple..
Hasil cuppies di dalam kotak hantaran bertemakan warna purple..

Kepada sesiapa yang ingin membuat tempahan untuk cuppies hantaran seperti Ila, boleh lah hubungi di talian hotline 017-3316074 atau emelkan detail anda kepada cupcakesmuffins@gmail.com

Friday, November 28, 2008

Cake 1KG

Kali nie Sweetheartstories cuba lari tema sikit. Menghasilkan butter cake 1kg.

Saya hanya ingin mencuba dan mendeco cake 1kg saja. Dan cake tu telah diberi kepada kawan-kawan untuk dimakan.. Sekali sekala bersedekah.. moga-moga dimurahkan rezeki.. Amin..




Sweetheartstories hanya menerima tempahan cupcakes saja buat masa ini. Jika anda ingin menempah cake seperti picas diatas, harap maaf.. kerana saya masih belum bersedia menerima tempahan cake seperti ini lagi.. :)
Kepada sesiapa yang ingin menempah cupcakes untuk sebarang acara, boleh lah hubungi saya di 017.3316074 atau emelkan kepada cupcakesmuffins@gmail.com untuk tempahan..

Tuesday, November 25, 2008

Cuppies Special Edition

Cuppies Special Edition from Mie to Arish. Tapi belum sempat nak bagi lagi..
Simple design saja, saya nak buat bentuk love atas cuppies tu. Tapi tak pasti nampak tak rupa love tu.. white - pink theme color..





Permintaan dari Mie supaya letakkan kata-kata nie dlm blogs Sweetheartstories..

Kata-kata dari Mie to Arish : ~

"Permulaan yg baik.. harap berkekalan.."

Mie kata, harap-harap Arish view blogs nie dan baca luahan hati dia..

Emm, blogs nie boleh jadi penghubung cinta pulak.. hehehe.. you all pun kalau nak cuba buat mcm Mie nie pun boleh.. just inform kepada owner sweetheartstories, tiada sebarang extra charge...
Jika ingin membuat tempahan cupcakes untuk sebarang acara, boleh hubungi talian hotline ini 017-3316074 atau emel kepada cupcakesmuffins@gmail.com

Thursday, November 20, 2008

Order from Suhaily

Order kali nie datangnya dari Suhaily. Sebelum nie Suhaily pun pernah order dengan Sweetheartstories. Terima kasih to Suhaily for your second order..

Suhaily order 25 pcs medium cuppies. Tapi dia request untuk buat single packing. Katanya nak beri pada org.. tapi saya tak pasti lah nak bagi pada siapa kan..

Suhaily request lagi.. nak kaler green+purple tapi mesti kaler tu soft2.. tak nak terang sgt. Inilah hasil cuppies untuk Suhaily, harap awak berpuas hati ye...




Ingin menempah cupcakes untuk sebarang acara? hubungi saya 017.3316074 atau emelkan segala butiran anda ke cupcakesmuffins@gmail.com

Wednesday, November 19, 2008

Fast Sale on Thursday

Fast Sale untuk hari ini (Rabu) dah sold out. Tapi jgn risau kerana esok (Khamis) masih ada lagi fast sale yang menanti.


Memandangkan cuti sekolah sudah bermula, jadi design untuk fast sale cuppies pun bertemakan cartoon. It's look simple & nice..

Detail berkenaan fast sale untuk esok:-

:: 9 pcs cuppies. Medium size.
:: Design mungkin berbeza dari pic di atas.
:: Price RM10 only
:: Pick up point? any where area Kota Damansara. Anda sebut saja, saya pergi asalkan dalam area Kota Damansara..
:: Time? Before 10am atau after 6.30pm
:: Flavor : Vanilla
Kepada sesiapa yg ingin menempah cupcakes untuk sebarang acara, hubungi saya 017.3316074 atau emel kepada cupcakesmuffins@gmail.com

Tuesday, November 18, 2008

Fast Sale Datang Lagi..

Insyallah.. klau tiada aral melintang, Sweetheartstories akan mengadakan 'Fast Sale' pada hari Khamis (20 Nov 08). Pick up time untuk fast sale tersebut ialah pada sebelah malamnya di Station Petronas Mutiara Damansara..

Segala detail berkenaan fast sale.. saya akan umumkan esok..

Kepada sesiapa yang berminat, kindly check my blogs selalu ye.. thanks..

Monday, November 10, 2008

Graduation & Fast Sale

Izaida order 49 pcs mini cuppies with graduation theme.

Thanks Izaida. Any comment pls emel to me for my improvement.

***********************************************************************************
Fast Sale last Sunday..

Sweetheartstories sediakan 10 set untuk fast sale minggu lepas. Malangnya 2 set telah terjatuh dan merosakkan design yang telah dibuat. So untuk cuppies yg dah ter'jatuh' tu, owner sweetheartstories sendiri yang makan...


Order cupcakes for any function? contact me 017.3316074 or emel me to cupcakesmuffins@gmail.com

Friday, November 7, 2008

Fast Sale on Sunday

Dis coming Sunday, Sweetheartstories akan mengadakan cupcakes fast sale.. kebetulan ada tempahan pada hari tersebut.

Detail berkenaan cupcakes fast sale seperti berikut:~
  • Saiz: mini cuppies
  • 6 pcs per set
  • Chocolate flavor with bc decorating
  • RM4 per set
  • Collection date on Sunday about 11am at Petronas Station, Mutiara Damansara
  • Available for 10 set only
  • Call me first to booking
  • No request for decorating. Terima aje deco ape yg ada..

Fast sale nie tujuannya untuk anda makan-makan dan merasa produk sweetheartstories.

Tempahan cupcakes untuk sebarang majlis? call me at 017.3316074 or emel to cupcakesmuffins@gmail

FYI, dis weekend saya tak akan buka emel kerana kesibukan harian. Jika inginkan maklumat pantas.. can sms me.. Saya akan baca emel anda pada hari Isnin minggu depan..

Thursday, November 6, 2008

Pengiklanan : Tempahan Pelamin

Buat semua pengunjung blogs Sweetheartstories.. terima kasih atas kunjungan anda ke blogs ini. Saya amat menghargai kunjungan anda ke blogs nie. Komen/pendapat/idea anda amat saya harapkan untuk meningkatkan lagi tahap servis dan hasil produk Sweetheartstories.

Selain dari produk cupcakes.. sweetheartstories juga menyediakan perkhidmatan sewaan pelamin dengan harga yang berpatutan. Disini kami ingin menawarkan tempahan pelamin yang dimaksudkan dengan harga RM750 (tidak termasuk charge pengangkutan). Pelamin tersebut sesuai digunakan untuk majlis yang berlangsung di dewan/tempat terbuka sahaja. kami yakin akan menghasilkan pelamin yang menarik dengan penggunaan aksesori sampingan dan bunga2an artificial yang berkualiti. Sentuhan pelamin itu nanti kelihatan simple tetapi penuh elegen dan bergaya. Setiap tempahan pelamin yang diterima, anda akan menerima 3 tier cupcakes (35-40 pcs medium size with buttercream beserta dekorasi untuk anda letakkan dimeja makan pengantin / mana2 shj pilihan anda. Warna tema adalah pilihan anda)

Tempahan yang telah diterima:
1. Yati ~ Putrajaya ~ 23 Nov 08
2. Syed ~ Shah Alam ~ 1 Mac 09

Deposit serendah RM200. Baki bayaran perlu dijelaskan sebaik shj selesai pemasangan pelamin. Promosi ini khas untuk majlis yang akan berlangsung antara 15 Oct 08 hingga 28 Feb 09 shj..




Untuk tempahan ? hubungi saya di 017.3316074 atau emel saya di cupcakesmuffins@gmail.com

Tuesday, November 4, 2008

My Cute Mice..

Yeahh.. finally dapat juga pic untuk cupcakes nie. Thanks to Ayoon ye sbb sudi mengemelkan gambar nie kat saya..



Komen Ayoon:

'insya-ALLAH next time saya order lagik.....but i more prefer chocolate flavour.....and one more thing boleh tak kalau improve sket texture cuppies tu sebab macam terlalu padat, tak gebu gituu.....'

Saya jawab:

'Ok.. timer kacih ye for ur comment...Akan cuba meng'improve' yg mana kurang...'
Sweetheart memang mengalu-alukan komen ikhlas dari pelanggan-pelanggan yang pernah membuat tempahan dengan Sweetheartstories. Harapan saya, dengan komen ikhlas anda dapat membantu saya meningkatkan lagi mutu kesedapan cupcakes Sweetheart..
Terima kasih

Monday, November 3, 2008

Pemberitahuan

Dear All..

Saya ingin memberitahu sesuatu..

Untuk pengetahuan semua, Sweetheartstories ~ cupcakes & muffins adalah satu perniagaan yang beroperasi dari rumah saja. Bukan kedai ye.. Anda perlu membuat order beberapa hari sebelum tarikh event/function anda.. Pick up untuk order anda hanya di Station Petronas, Mutiara Damansara. Buat masa ini saya tidak membuat perkhidmatan delivery. Masa saya amat terhad untuk membuat delivery kepada anda... maaf ye..

Beberapa hari nie saya telah menerima beberapa panggilan telefon.. mereka nak cari kedai saya.. Maaf.. sekalli lagi saya katakan.. ini adalah home base bisness saja..

**********************************************************************************
Minggu lepas saya ada menerima tempahan cupcakes untuk hantaran pertunangan. Tapi saya tidak dapat upload gambarnya disini kerana masalah memory card saya.. So, untuk Maisarah.. kalau ada pic cupcakes tu harap emel kepada saya ye.. So kita boleh berkongsi gambar di sini..
*********************************************************************************
Mulai hari ini saya bercadang tidak mahu menerima tempahan muffins lagi.. Sweetheartstories hanya khusus untuk cupcakes saja. Saya ada membuat senarai beberapa jenis muffins dan harga di sebelah kanan anda..

Antara muffins sweetheartstories seperti chocolate chip muffins, strawberry muffins, pineapple muffins, mix fruit muffins. Dan sweetheartstories akan meng'upgrade' cupcakes yg sedia ada. contohnya mixfruit cupcakes, chocolate chip cupcakes, strawberry cupcakes, pineapple cupcakes... Contoh: Jika anda ingin order 1 set (25 pcs for medium size) mixfruit cupcakes, anda perlu membuat penambahan RM5 saja untuk setiap set.

Jadi.. apa tunggu lagi.. sila buat tempahan sekarang.. hubungi saya 017-3316074 atau emel to cupcakesmuffins@gmail.com

Wednesday, October 29, 2008

Pandangan dan Idea Anda..

Sweetheartstories ingin meminta pandangan/idea/komen anda dalam usaha saya untuk meningkatkan mutu produk cupcakes saya..

Kepada mereka yang pernah membuat order cupcakes saya.. terima kasih daun keladi di atas sokongan anda.. komen anda amat bermakna untuk saya bagi meningkatkan mutu servis dan kesedapan produk sweetheartstories.

Sila emelkan komen anda kepada cupcakesmuffins.gmail.com

Kepada sesiapa yang ingin membuat order cupcakes untuk majlis harijadi, reunion, celebration etc.. boleh hubungi saya di talian 017.3316074

Tempahan untuk minggu ini masih dibuka..

Tuesday, October 28, 2008

Sesame Street order from Kak Aini

Kak Aini pula order 100 pcs cuppies utk celebrate birthday anaknya kat Bangsar Village.

request design cartoon Sesame Street... woww.. cabaran nie..

memang surf internet nak cari gambar cartoon sesame street tu..

Finally, nie lah hasilnya..







Masa nak buat delivery untuk Kak Aini nie.. salah satu kotak cuppies terbalik sebab saya nak elak motor keluar simpang.. So tercacat skit la cuppies.. Sorry ye kak Aini..
Harap Kak Aini berpuas hati...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...