Wednesday, December 25, 2013

Cakes For December

Red Valvet Cakes for Anniversary. Order from Aisyah

Red Valvet Cakes fondant Manchester for birthday. Order from Eira

Rainbow Cakes Upin & Ipin theme. Order from Salmi

Rainbow Cakes for engagement. Order from Kak Yati

Rainbow Cakes for engagement. Order from Kak Yati

Rainbow Cakes for engagement. Order from Rosnah

Rainbow Cakes for birthday. Order from Makcik Saadiah

Chocolate Cakes 3D Hello Kitty. Order from Ija

Vanilla Butter Cakes 3D Mickey Mouse. Order from Natasha

Ada juga beberapa customer yang order cupcakes tapi sorry lah tak sempat nak snap gambar tempahan cupcakes.

Untuk tempahan boleh terus whatsApp 012-5346131

Thursday, December 5, 2013

Chocolate Fountain for Wedding & Engagement Day

Event : Engagement Day Ain & Denn
Venue : Gombak
Package : Chocolate Fountain pakej 1





Event : Wedding Yani & Firdaus
Venue : Panchor, Seremban
Package : Pakej 5 :: 10kg choc fondue






Untuk tempahan & pertanyaan email to cupcakesmuffins@gmail.com atau maklumbalas yang lebih cepat whatsApp saya 012-5346131

Tuesday, December 3, 2013

Nazurah & Sollehudin Wedding

Salam semua..

Kali ni saya menjadi salah satu vendor makanan untuk majlis perkahwinan Nazurah & Sollehudin di Parit Buntar, Perak. Banyak betul makanan yang disediakan oleh tuan rumah. Ada nasi kenduri, laksa, cendol, char kuew tiau, mee goreng, aiskrim dan chocolate fountain. Seperti biasa chocolate fountain memang menjadi tumpuan utama tetamu di majlis perkahwinan.Sebaik saja mesin fountain dibuka, tetamu terus menyerbu ke arah saya hinggakan saya tak sempat nak ambil gambar full decoration.





Terima kasih kepada semua warga Parit Buntaq. Anda semua memang sempoi.. ~hee~ Sejam saja beroperasi, cokelat + buah + marshmallow habis licin. Dari muda hinggalah ke warga tua semuanya excited dengan chocolate fountain. :)  Anda excited saya lagi excited....

Untuk tempahan & pertanyaan boleh email ke cupcakesmuffins@gmail.com atau untuk maklumbalas yang lebih cepat boleh whatsApp saya 012-5346131

Sunday, December 1, 2013

Chocolate Fountain @ Siti Mariam & Ridzuan Wedding

Majlis kali ini ialah majlis perkahwinan Siti Mariam & Ridzuan yang berlangsung di Kota Sieramas, Nilai. 





Seronok betul tetamu menikmati strawberry cicah cokelat tu. Alhamdulilah tak sampai dua jam cokelat + buah + marshmallow memang dah licin. Terima kasih orang Nilai..

Saturday, November 30, 2013

Cocholate Fountain Lagi

hai..

Hari ni nak update sekaligus untuk dua majlis berbeza. 

Majlis : 1st Birthday Party Suffiyah
Venue : Meru, Kelang
Package : Chocolate Fountain pakej 1 





Majlis : Majlis Akikah (sorryy..lupa nama baby)
Venue : Selayang
Package : Chocolate Fountain pakej 1 + 50pcs cupcakes + candies




Anda semua yang berminat nam booking package chocolate fountain boleh terus whatsApp saya untuk mendapat fedback cepat 012-5346131  :)

Monday, November 18, 2013

Candy Buffet @ Anis Sofea & Haziq Birthday Party

Birthday party untuk Anis dan Haziq telah lama berlangsung. Tapi baru hari ni berkesempatan nak update gambar dalam blog..





Friday, November 15, 2013

Dessert Buffet Majlis Akikah Nur Qaseh

Hai... & salam semua. 
Rasa sangat bersalah sebab terlalu lama blog ini tidak berupdate. Saya terlalu busy dengan tempahan dan rutin seharian. Sebab itulah blog ini terabai. :) Tapi untuk pengetahuan semua saya sentiasa meng'update' aktiviti terkini saya melalui instagram. Jadi..anda semua juga dialu-alukan untuk menjadi follower saya di instagram..~hee~ cuma type 'sweetheartstories' so anda akan jumpa instagram tu  ;p

Hari ini saya nak masukkan beberapa keping gambar untuk tatapan anda semua..  :)

Dessert buffet untuk majlis akikah Nur Qaseh. 






Untuk tempahan dan pertanyaan uolls boleh whatsApp saya di 012-5346131 untuk feedback yang lebih cepat. 

Saturday, October 5, 2013

Princess, Padang Bola, Animals & Dora

haii.. 

Ini kali kedua saya menghasilkan princess cake :) Cake ini adalah untuk Anis Sofea. Yess.. dia dan rakan-rakan memang suka dengan cake ni. Mereka mengerumuni dan asyik memerhatikan cake princess ni...

And.. wowww... Ini pula 2 tier rainbow cake untuk 1st birthday party Safiyyah. Cake bahagian bawah bersaiz 11 inchi dan di bahagian atas bersaiz 8 inchi. Berat untuk sebiji kek ni hampir 5kg. Eksited betul ibu kepada Safiyyah yang membuat preparation untuk 1st birthday party puteri beliau  :)  Saya seronok sekali apabila setiap kali melihat keterujaan si ibu untuk menyambut ulangtahun kelahiran pertama anak mereka. Dan saya pon berangan-angan juga untuk menghasilkan cake birthday yang paling cantik untuk my future kid. Insyaallah...  :) 

Dora & Ultramen. Pening juga nak ukir kepala Dora. ~hehe~ Mula-mula Dora yang dihasilkan menggunakan fondant tidak sama langsung dengan Dora yang real. :) Suami saya cakap Dora pertama tu dah macam rupa kakak tiri Dora.. ~hahaha~ So saya cuba kali kedua. Dan hasilnya.. taraaaa.. seperti yang uolls lihat sekarang :)

Siapa ambil padang kami? hehe..padang bola yang agak sempit dan hanya mempunyai enam pemain  :) its ok..

Jika anda berminat untuk membuat tempahan kek harijadi atau kek perkahwinan, boleh email ke cupcakesmuffins@gmail.com atau whatsApp 012-5346131

Monday, September 30, 2013

Eryna Sofea 3rd Birthday Party

Majlis harijadi yang ke tiga tahun Eryna Sofea memang meriah dengan kehadiran tetamu dan clown yang pandai membuat aksi menghiburkan. Tapi..maaf.. tiada gambar clown disini  :p

Majlis berlangsung di Bukit Jelutong, Shah Alam dengan tema warna pink - kuning Princess Disney.






Terima kasih nenek kepada Eryna Sofea sebab telah membungkuskan untuk saya bubur durian semasa hendak pulang  ~yeayyy~

Tempahan dan pertanyaan boleh email ke cupcakesmuffins@gmail.com atau whatsApp di 012-5346131.

Friday, September 27, 2013

Choc Fountain & Dessert Buffet @ Aswan & Aiman 's Wedding

Holaa...

Siapa kata Sweetheartstories hanya menerima tempahan chocolate fountain dan dessert buffet di sekitar KL saja..? Sweetheartstories juga sudi menerima tempahan di luar Kuala Lumpur berdasarkan terms & condition yang ditetapkan. Kalau nak tahu apa T&C tu.. boleh email ke cupcakesmuffins@gmail.com atau whatsApp ke 012-5346131.

Buat masa ini, Sweetheartstories telah pergi ke Gua Musang di Kelantan, Kubu Gajah dan Changkat Jering di Perak, Melaka dan Seremban. Sweetheartstories juga pernah juga diajak ke Serawak untuk menyediakan pakej chocolate fountain untuk majlis perkahwinan, tapi buat masa ini kami hanya dapat memenuhi undangan di sekitar Semenanjung Malaysia saja. Insyallah satu hari nanti mungkin saya akan membuka cawangan di Serawak. Insyaallah dan uolls doa-doakan lah yer...

Ini adalah kali ketiga kami ke Gua Musang untuk menyediakan pakej chocolate fountain dan dessert buffet untuk majlis perkahwinan Aswan & Aiman. Sebelum ini kedua kakak Aswan juga menggunakan khidmat Sweetheartstories. Sesungguhnya kami berasa bangga dan sangat berterima kasih kerana diberi kepercayaan oleh mereka untuk menjadi salah satu vendor perkahwinan untuk ketiga-tiga majlis yang telah diadakan.







~xoxo~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...