Sunday, December 16, 2012

Kini Dan Selamanyaaaa

Salam semua...

Alhamdulilah. Hari ni baru sempat nak update blog, upload semua gambar hasil kerja, kemaskini email dan berehat. Saya rasa bersyukur sangat dengan apa yang saya perolehi sekarang. Tanpa ada tunjur ajar dari sifu yang lebih berpengalaman rasanya saya tidak berada seperti sekarang. Walaibagaimanapun, masih banyak kekurangan yang ada pada diri saya, masih banyak perkara yang perlu saya pelajari dan masih banyak benda yang perlu dipertingkatkan dalam perniagaan Sweetheartstories ni.

Untuk pengetahuan semua.. perniagaan Sweetheartstories ini telah wujud selama lebih kurang empat tahun. Bermula hanya dengan cupcakes saja. Kemudian menerima tempahan untuk fancy cookies. Lebih kurang tiga tahun rasanya saya hanya menerima tempahan cupcakes dan fancy cookies saja. Cuma setahun kebelakangan ini saya telah mempelbagaikan menu pilihan di Sweetheartstories. Ada apam polkadot, cheese tart dan pavlova.

Semenjak saya meninggalkan dunia pekerjaan makan gaji, saya mengorak lagi selangkah menawarkan servis perkhidmatan candy buffet dan chocolate fountain. Alhamdulilah.. ia tidak mengecewakan dan saya sering mendapat tempahan untuk chocolate fountain dan candy buffet di majlis kenduri kahwin dan majlis harijadi.

Dan sekarang.. alhamdulilah.. setiap minggu ada saja tempahan untuk rainbow cake. Walaupun penat tapi saya happy kerana waktu berada dirumah terisi dengan membuat kek. Terima kasih kepada semua yang sudi menempah menu di Sweetheartstories. Insyallah.. saya akan cuba sedaya upaya untuk meningkatkan PR dan hasil kerja Sweetheartstories.

Untuk pengetahuan semua.. saya hanya bekerja seorang diri. Dari membuat kek, membasuh loyang, mengadun, mendecor, membuat servis penghantaran, set-up chocolate fountain dan candy buffet dan sebagainya. Kadang kala suami turut membantu terutamanya jika ada 'booking' untuk candy buffet dan chocolate fountain. Memang penat sebenarnya untuk memastikan semua tempahan berjalan lancar. Tapi hati memang puas melakukan perkara yang kita suka. Kadang kala terfikir juga nak cari seorang pembantu terutamanya untuk membantu menguruskan set-up chocolate fountain atau candy buffet. Tapi rasanya tak mampu lagi untuk semua itu.. Mungkin dimasa hadapan saya perlukan juga seorang pembantu. Insyaallah...

Sweetheartstories ini adalah kepunyaan saya seorang. Saya tidak berkongsi perniagaan ini dengan sesiapapun. Bermula dari sebelum kahwin sehinggalah saya telah berkahwin, saya tetap akan memastikan Sweetheartstories akan terus beroperasi walaupun sepuluh tahun akan datang.. Insyaallah.. :)

Jika ada sebarang pertanyaan atau tempahan dengan perkhidmatan dan menu di Sweetheartstories, bolehlah email terus kepada saya di cupcakesmuffins@gmail.com atau direct coll/SMS saya di 012-5346131. Insyaallah saya akan menjawab segala pertanyaan anda secepat mungkin. Kadangkala ada juga kelewatan untuk membalas email dan SMS dari pelanggan. Saya harap anda dapat bersabar sekiranya email / sms anda lewat di'reply' oleh saya.

Akhir kata... saya harap anda terus menyokong sweetheartstories. Tak order pun tak pe.. asalkan selalu lah datang tengok blog ni ye.. hehe.. :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...