Last nite selepas balik dari jumpe ex-schoolmate di Jusco Taman Equine, tiba-tiba sms berbunyi..
"Mimi, hari nie my birthday. Tak ada kek pun..sedihnya.. :( "
Saya terkejut. Siapa pula yang SMS saya ni dan bagi tahu tentang birthday dia. Bila tengok nombor telefon baru lah saya perasan.. dia salah seorang customer yang pernah membuat tempahan cupcakes dari Sweetheartstories dalam bulan December untuk 'celebrate' hari jadi tunang dia.. So sweet kan... Saya sendiri membuat delivery cupcakes yang ditempah tu ke Subang Jaya pada waktu malam selepas saya habis kerja.
Tapi bila sampai 'birthday' dia.. dia sedih sangat sebab tunang dia tak order cupcakes pun.. :)
Cuma keluar makan di Sunway Pyramid saja.
Saya kemudian reply SMS dia..
"Tunang awak lupa ke hari nie ur birthday? Or dia saja nak menduga?"
Yang sebenarnya, tunang dia tak lupa langsung, cuma atas sebab tertentu tunang dia tak dapat 'celebrate' harijadi dia dan hadiahkan cupcakes untuk dia....
Kemudian saya tersenyum sorang-sorang. Kalau saya sendiri ditempat dia, mesti saya rasa terlalu sedih juga. Orang yang kita sayang tak ada langsung membuat persiapan untuk hari jadi kita sedangkan kita sangat beriya-iya membuat persiapan untuk majlis hari jadi dia....
Kepada Zila..
Memandangkan 'guy' tu pun sudah menjadi tunangan awak.. perlulah menerima segala kelebihan dan kekurangan yang ada pada dia. Apa yang penting saling bertolak ansur, memahami satu sama lain, berkomunikasi, ikhlas, jujur dan setia. Its ok.. masa masih banyak lagi.. tak semestinya perlu hadiahkan cupcakes semasa hari jadi saja... bila-bila masa pun boleh. Nanti bila waktu mengizinkan, 'claim'lah balik dari tunang awak cupcakes :) saya dengan senang hati menerima tempahan uolss.. hahaha...
Kepada Tunang Zila..
Hargailah hati & perasaan seorang perempuan yang benar-benar mengharapkan kasih & sayang awak.. Tidak semestinya perlu menyediakan hadiah ratusan atau ribuan ringgit untuk menunjukkan kasih sayang tersebut. Sangat memadai walaupun hanya sebiji cupcakes berserta kad ucapan sebagai tanda ingatan. Tentu si Dia gembira tak terkata kan.. :)
Kepada anda berdua..
Berusahalah menjadi yang terbaik antara yang terbaik kepada pasangan. Apa yang penting dalam menjayakan sesuatu hubungan ialah komunikasi dan kepercayaan. Perhubungan akan musnah jika tiada kepercayaan itu..
Jemput datang DIY cupcakes kat Subang Parade nanti yer.. jangan lupa tau date 27/2/11
No comments:
Post a Comment