Selamat Tahun baru 2011. Harap tahun ini lebih mendatangkan keceriaan yang berganda berbanding tahun lepas..
Sebenarnya banyak perancangan yang ingin saya lakukan untuk Sweetheartstories pada tahun ini. Antaranya...
:: Joint Flea Market
Selain online, saya ingin cuba membuat promosi dan memperkenalkan produk Sweetheartstories di Flea Market. Dan akhirnya sekarang iaitu sepanjang bulan January 2011, saya akan berada di Flea Market South City Plaza. Mungkin selepas ini saya akak cuba masuk di beberapa flea market di beberapa tempat lain. Insyaallah..
:: Party Sweetheartstories
Party ni masih dalam perancangan saja. Belum ditentukan sama ada jadi atau tidak aktiviti ini.. Saya akan membuat pemilihan secara rawak kepada mereka yang tersenarai dalam list 'LIKE' kat http://facebook.com/sweetheartstories cupcakes & craft dan follower blog ini dan menjemput mereka hadir ke party tersebut. Cewahh.. macam vogue de vasss aje.. :) Tapi, semua ini masih dalam angan-angan saja. Perlu banyak perancangan kalau nak jadikan party ni satu kenyataan...
:: Kelas Cupcakes
Ramai juga yang 'request' minta saya adakan kelas cupcakes. Bukan saya ni kedekut ilmu nak share dengan mereka yang berminat nak belajar cupcakes, tapi saya masih kurang yakin untuk adakan kelas cupcakes tu.. Insyallah, saya cuba lengkapkan segala ilmu dan peralatan mengajar kemudian barulah saya buat pengumuman ok.
:: Booth Sweetheartstories di Shopping Complex
Ini pun satu angan-angan juga dan kalau boleh nak jadikan ianya satu kenyataan. Nak ada booth sendiri kat mana-mana shopping complex. Sekurang-kurangnya penggemar cupcakes yang ingin mencuba produk Sweetheartstories boleh terus membeli di booth Sweetheartstories tu nanti. Tapi untuk realisasikan impian ini saya rasa memerlukan modal yang agak besar kan... hmmm..
:: Promosi Sana Sini
Ingin adakan pelbagai promosi untuk penggemar cupcakes :) Promosi pertama yang akan dijalankan ialah "Promosi Valentine". Nantikan pengumumannya ok.. :)
No comments:
Post a Comment