Seperti yang telah saya nyatakan di 'papan notis' sebelah kanan blog ini, saya tidak akan menerima tempahan cupcakes bermula dari 22/2/10 sehingga 26/2/10. Tetapi kita hanya merancang Tuhan yang tentukan. Kemungkinan besar saya tidak dapat menerima tempahan dalam tempoh sebulan atau dua bulan ini.. (start 22/2/10 to end March or April)
Operasi Sweetheartstories juga akan berpindah. Tidak lagi di Bagan Serai/Parit Buntar. Kerana saya akan bekerja semula di KL bermula 1/3/10. Dan sudah pastinya Sweetheartstories akan beroperasi di Kuala Lumpur semula. Tetapi bukan lagi di Damansara seperti dulu. Kemungkinan besar beroperasi di Subang Jaya atau Serdang.
Saya akan membuat pengumuman dan mula menerima tempahan cupcakes apabila sudah ada lokasi tetap. Harap bersabar ye.
Mohon maaf kepada Atirah (dari Masjid Tinggi) & Shaza (dari Bgn Serai) kerana terpaksa menolak tempahan anda pada 13/3/10 dan 20/3/10. Saya takut tidak dapat memberi komitmen kerana pada tarikh itu sudah tentu saya akan menetap di Kuala Lumpur.
Salam sayang dari saya untuk anda semua..
No comments:
Post a Comment