Tuesday, May 22, 2012

Chocolate Fountain @ Wedding Adiela & Wan












Chocolate Fountain dan Candy Buffet di majlis perkahwinan Adiela & Wan di Kubuk Gajah, Selama Perak.

Untuk tempahan dan pertanyaan, emel to cupcakesmuffins@gmail.com.
Terima kasih :)

Wednesday, May 16, 2012

Fountain Dipping Candy


Salam semua dan apa khabar?
Atas sebab tertentu saya terpaksa merombak semula harga pakej untuk chocolate fountain. Mohon maaf sekiranya ada kekeliruan.

Terus terang saya katakan harga pakej sebelum ni lebih murah sedikit berbanding harga pakej setelah dirombak. Ini kerana harga pakej yang lama saya hanya menggunakan chocolate compound biasa. Chocolate tersebut perlu dicairkan dan dicampur dengan ramuan lain supaya chocolate tersebut lebih mudah mencurah ke bawah.

Walaubagaimanapun kekerapan menggunakan chocolate compound kemungkinan akan merosakkan mesin kerana untuk pengetahuan chocolate khas untuk mesin chocolate fountain lebih ringan berbanding chocolate compound biasa dan lebih mudah mengendalikan dan mencairkan chocolate tersebut. Tetapi harga untuk chocolate khas ini adalah tiga kali ganda berbanding chocolate compound biasa.

Saya mengambil keputusan untuk menggunakan chocolate khas untuk pakej chocolate fountain ini semata-mata untuk menjaga ketahanan mesin.

Berikut ialah senarai harga pakej yang saya tawarkan untuk pakej chocolate fountain

Pakej 1: RM300 (50pax - 100pax)
2kg choc
1kg marchmallow
1kg buah
0.5 jejari cookies
::paper cups
::tissue paper

Pakej 2: RM420 (101pax - 200pax)
3kg choc
2kg marchmallow
2kg buah
1kg jejari cookies
::paper cups
::tissue paper

Pakej 3: RM550 (201pax - 300pax)
4kg choc
3kg marchmallow
3kg buah
1.5kg jejari cookies
::paper cups
::tissue paper

Setiap pakej diatas akan disertakan juga 'simple table decoration'. Selalunya buah epal hijau dan anggur akan diberi sebagai 'dipping'. Sweetheartstories juga akan memberi satu menu tambahan yang sesuai sebagai 'dipping' secara percuma untuk setiap pakej diatas tetapi bergantung kepada 'capability'.

Jika ada sebarang pertanyaan dan tempahan boleh emel kepada cupcakesmuffins@gmail.com atau sms 012-5346131

Monday, May 14, 2012

Epy B'day Pink Color


Cupcakes ni ditempah oleh seorang student dari UPM. Masa dia nak buat tempahan katanya cupcakes tu untuk seorang perempuan.

Dia datang pick-up cupcakes ni di Giant Seksyen 13 pukul 9.30 malam. Katanya lepas ni nak terus hantar cupcakes ni kat orangnya.. Then, saya bertanya "nak hantar kat mana?" terus dia jawab "dekat Nilai" wowww.. so sweet kan.. :)

Friday, May 4, 2012

Four Layer Green Cake






4 Layer Green butter cake. We can do pink, red, blue, purple etc..
Sesuai untuk dijadikan sebagai hantaran atau majlis perkahwinan.
Pertanyaan dan tempahan emel kepada cupcakesmuffins@gmail.com

Sunday, April 29, 2012

Sweet 21





Untuk tempahan dan pertanyaan, emel kepada cupcakesmuffins@gmail.com

Friday, April 27, 2012

Hafiz & Mas

Salam..
Selamat bertunang Hafiz & Mas. Saya pun tak ingat bila saya buat cupcakes ni. Tapi rasanya dalam tahun lepas dan saya belum upload dalam blog ni lagi. So enjoy the pic.. :)




Untuk tempahan dan pertanyaan emel kepada cupcakesmuffins@gmail.com
terima kasih

Wednesday, April 25, 2012

Rainbow Cake

Yeahhh..
Rainbow Cake in the house.
Cake ini sesuai untuk majlis harijadi dan juga majlis memotong kek untuk majlis perkahwinan


Warna yang nampak ceria dan juga sedap. Kek adalah kek butter.
 

Pertanyaan harga dan tempahan boleh email ke cupcakesmuffins@gmail.com


Monday, April 23, 2012

Birthday Cake dari SSLC


Tempahan dari SSLC (Shaheizy sam Lovely Club) 
Sebenarnya cake nie adalah untuk menyambut majlis hari jadi Mummy Khaty iaitu ibu kepada Shaheizy Sam



Kedua-dua biji kek ialah kek cokelat.
 

Terima kasih banyak-banyak SSLC atas tempahan uolls.

Wednesday, April 11, 2012

Sweetheartstories Sepenuh Masa

Hai semua,

Bermula 1 May 2012, saya akan menjadi pembuat cupcakes secara fulltime. Bermaksud saya akan menguruskan perniagaan Sweetheartstories secara sepenuh masa. Memandangkan saya berniat untuk menjalankan perniagaan ini sepenuh masa, maka saya akan menerima cupcakes, fancy cookies, apam polkadot, candy buffet dan pakej chocolate fountain pada bila-bila masa. (bergantung kepada tarikh booking customer)

Selain itu Sweetheartstories juga menyediakan pakej DIY cupcakes untuk kanak-kanak di party harijadi atau aktiviti di tadika.

Jika berminat dengan perkhidmatan Sweetheartstories, boleh email kepada cupcakesmuffins@gmail.com atau sms/call di nombor 012-5346131

Sunday, March 25, 2012

Giveaway Sweetheartstories

Salam semua..

Sempena menyambut hari lahir saya hari ni.. saya ingin mengadakan giveaway/contest. Ini adalah kali pertama Sweetheartstories mengadakan GA.

Sebelum membaca syarat dan peraturan GA Sweetheartstories, ingin saya mengumumkan hadiah yang bakal dimenangi.. :)

Sweetheartstories akan sponser Pakej Candy Buffet atau Pakej Chocolate Fountain untuk 100 pax di majlis kenduri kahwin atau majlis bertunang atau majlis akikah atau majlis harijadi anda tetapi dengan syarat majlis anda diadakan disekitar Kuala Lumpur dan Lembah Kelang saja dan valid untuk sepanjang tahun 2012 saja. (harap maaf tak dapat nak sponser untuk majlis luar dari KL atau Lembah Kelang buat masa ini)

Terma syarat dan peraturan GA Sweetheartstories:

1. Terbuka untuk semua peserta tetapi dengan syarat majlis anda perlu diadakan di sekitar Lembah Kelang dan KL saja.

2. Kemudian jadi follower blog http://sweetheartstories.blogspot.com dan LIKE fanpage http://www.facebook.com/pages/Sweetheartstories-Cupcakes-Craft/132742146769578

3. Jawab soalan-soalan dibawah:
a) Ceritakan secara ringkas majlis yang akan diadakan dan pakej apa yang anda inginkan untuk memeriahkan majlis anda nanti - sertakan juga lokasi dan konsep/tema majlis anda -
b) Berikan idea/cadangan untuk mempromosikan Sweetheartstories.

4. Tulis jawapan anda di ruangan komen di entry GA Sweetheartstories saja. Saya hanya akan baca jawapan anda di komen entry ini dan di entry fanpage saja.

5. GA ini akan terbatal sekiranya kurang dari 10 penyertaan.

6. Tarikh tutup penyertaan ialah pada 15 April 2012, 12 tgh malam.

Friday, March 23, 2012

Chocolate Fountain

Ini salah satu contoh servis Pakej Chocolate Fountain. Gambar diambil semasa majlis perkahwinan di rumah saya :)




Sesiapa yang berminat untuk mengetahui sebut harga Pakej Chocolate Fountain, boleh menghantar emel kepada cupcakesmuffins@gmail.com

Thursday, March 22, 2012

Tiga Bulan Berlalu

Wowww....
Lamanya saya tak update blog ni kan, lebih tiga bulan saya tak update cerita terbaru tentang cupcakes dan fancy cookies.

Untuk pengetahuan semua saya masih lagi menerima tempahan cupcakes untuk birthday party, hantaran dan sebagainya.. cuma tiga bulan kebelakangan ini tempahan yang saya terima agak kurang kerana saya terlalu sibuk dengan pekerjaan harian serta sibuk menguruskan majlis perkahwinan saya yang baru selesai pada 17 March 2012.

Saya mohon maaf kerana saya perlu menolak beberapa tempahan dan kelewatan membalas emel anda semua disebabkan oleh kekangan masa. Selepas ini, insyallah saya akan cuba membalas setiap emel yang bertanyakan tentang sebutharga secepat mungkin. Dan juga insyallah selepas 15 April 2012 saya akan menerima tempahan cupcakes untuk majlis hari jadi, cupcakes untuk doorgift dan sebagainya seperti biasa.

Bermula tahun ini, saya mengembangkan lagi sayap perniagaan Sweetheartstories dengan menyediakan perkhidmatan Pakej Candy Buffet dan Pakej Chocolate Fountain untuk majlis anda seperti majlis harijadi, majlis perkahwinan, majlis corporat dan segala jenis majlis. Insyallah saya akan berikan yang terbaik untuk anda.

Sekali lagi saya ingatkan, Sweetheartstories sudah tidak beroperasi di Seri Kembangan/Taman Equine kerana sekarang saya telah berpindah ke Puncak Perdana, Shah Alam. Dan buat masa ini perkhidmatan untuk penghantaran tidak dibuat disebabkan faktor masa yang tidak mencukupi untuk saya. Jika anda ingin membuat tempahan, bolehlah pick-up tempahan anda disekitar Puncak Perdana atau Giant Seksyen 13.

Tahun ini juga saya merancang untuk mengadakan party cupcakes. Aktiviti ini saya rancangkan sejak dari tahun lepas. Tapi disebabkan beberapa faktor yang menghalang jadi saya tidak dapat merealisasikan party cupcakes tersebut. Insyallah tahun ini saya cuba merealisasikan party tersebut.

Harap anda semua dan peminat cupcakes sentiasa memberi sokongan yang penuh kepada Sweetheartstories. Jika anda ada sebarang pertanyaan dan tempahan cupcakes, pakej candy buffet dan pakej chocolate fountain, jangan segan emel kepada saya cupcakesmuffins@gmail.com

Terima kasih :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...