Salam..
Saya sedar memang sudah agak lama blog ini dibiarkan tanpa sebarang coretan. Jika ada update pun hanya gambar saja yang dimasukkan tanpa tulisan yang panjang berjela. ~hee~ saya ingat lagi di awal pembabitan saya dalam dunia baking, saya suka menulis sesuatu yang menarik tentang setiap pelanggan saya dalam blog ni. Waktu itu hanya cupcakes saja yang saya pasarkan melalui blog ini.
Alhamdulilah setelah lima tahun Sweetheartstories beroperasi, kini bukan saja cupcakes bahkan Sweetheartstories juga membuka tempahan untuk rainbow cake, red valvet dan terkini cheese cake :) Selain itu Sweetheartstories menambah lagi perkhidmatan iaitu menawarkan pakej candy buffet dan chocolate fountain.
Saya sangat bersyukur dengan apa yang saya lalui sekarang. Bermula dengan part time, kini saya mengendalikan Sweetheartstories secara sepenuh masa di rumah. Cuma buat masa ini Sweetheartstories masih belum ada premis rasmi seperti kedai atau showroom. Hanya beroperasi di rumah. Walaubagaimanapun suami yang banyak memberi sokongan dalam perniagaan ini menyediakan satu bilik di rumah diubah menjadi mini baking studio khas untuk saya berkarya dengan cake. Insyaallah...di masa depan mungkin ada baking studio yang lebih besar dan saya menjadi tenaga pengajar untuk baking studio saya sendiri.. :)
Sebelum mengakhiri coretan hari ini, saya sajikan beberapa keping gambar dekorasi meja pakej chocolate fountain untuk Majlis Akikah Khansa' Nabilah di Shah Alam.
Terima kasih kepada aunty Sarimah kerana sudi memberi peluang kepada Sweetheartstories menjadi salah satu vendor sajian makanan pada hari tersebut. :)
Untuk tempahan dan pertanyaan, boleh email terus ke cupcakesmuffins@gmail.com atau whatsApp 012-5346131
~xoxo~
No comments:
Post a Comment