Wednesday, May 16, 2012

Fountain Dipping Candy


Salam semua dan apa khabar?
Atas sebab tertentu saya terpaksa merombak semula harga pakej untuk chocolate fountain. Mohon maaf sekiranya ada kekeliruan.

Terus terang saya katakan harga pakej sebelum ni lebih murah sedikit berbanding harga pakej setelah dirombak. Ini kerana harga pakej yang lama saya hanya menggunakan chocolate compound biasa. Chocolate tersebut perlu dicairkan dan dicampur dengan ramuan lain supaya chocolate tersebut lebih mudah mencurah ke bawah.

Walaubagaimanapun kekerapan menggunakan chocolate compound kemungkinan akan merosakkan mesin kerana untuk pengetahuan chocolate khas untuk mesin chocolate fountain lebih ringan berbanding chocolate compound biasa dan lebih mudah mengendalikan dan mencairkan chocolate tersebut. Tetapi harga untuk chocolate khas ini adalah tiga kali ganda berbanding chocolate compound biasa.

Saya mengambil keputusan untuk menggunakan chocolate khas untuk pakej chocolate fountain ini semata-mata untuk menjaga ketahanan mesin.

Berikut ialah senarai harga pakej yang saya tawarkan untuk pakej chocolate fountain

Pakej 1: RM300 (50pax - 100pax)
2kg choc
1kg marchmallow
1kg buah
0.5 jejari cookies
::paper cups
::tissue paper

Pakej 2: RM420 (101pax - 200pax)
3kg choc
2kg marchmallow
2kg buah
1kg jejari cookies
::paper cups
::tissue paper

Pakej 3: RM550 (201pax - 300pax)
4kg choc
3kg marchmallow
3kg buah
1.5kg jejari cookies
::paper cups
::tissue paper

Setiap pakej diatas akan disertakan juga 'simple table decoration'. Selalunya buah epal hijau dan anggur akan diberi sebagai 'dipping'. Sweetheartstories juga akan memberi satu menu tambahan yang sesuai sebagai 'dipping' secara percuma untuk setiap pakej diatas tetapi bergantung kepada 'capability'.

Jika ada sebarang pertanyaan dan tempahan boleh emel kepada cupcakesmuffins@gmail.com atau sms 012-5346131

2 comments:

Anonymous said...

kat mana saya bole dapatkan coklat untuk fountain mesin tu?

Ally said...

Salam, saya ada jual Fountain Dipping Candy ni.. boleh visit ThePinkJar.com atau fb: allysforcandyfrenzy

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...