Friday, October 14, 2011

Lokasi Baru: PUNCAK PERDANA

Salam semua..

Saya ada satu pengumuman baru.. Bermula hari ini Sweetheartstories telah berpindah operasi. Dahulunya beroperasi di Taman Equine tapi kini telah berpindah ke PUNCAK PERDANA.

Maaf.. saya berpindah lokasi lagi... Oleh itu, semua peminat cupcakes yang berada di sekitar Puncak Perdana, Puncak Alam, Shah Alam, Subang Perdana, Subang Bistari, Subang Dua, Kota Damansara bolehlah membuat tempahan melalui saya :)

Pelanggan diluar kawasan yang sayasebutkan tadi pun boleh juga membuat tempahan. :) Saya sedang memikirkan lokasi yang sesuai untuk semua pelanggan mengambil tempahan mereka. Kerana saya masih lagi kurang mengetahui selok belok kawasan di sekitar Puncak Perdana ini. Walaubagaimanapun, saya akan mengumumkan lokasi 'pick-up' tidak lama lagi.

Saya hanya boleh membuat perkhidmatan penghantaran pada hujung minggu dan mengikut kesesuaian masa saya beserta minima 'delivery charges'. Selain itu, pelanggan juga boleh mengambil tempahan di Bangunan UOA, Damansara Heights antara pukul 12 tengah hari hingga 5.45pm kerana lokasi kerja saya disitu.

Saya mohon maaf di atas setiap kesulitan yang dihadapi. Jika ada sebarang pertanyaan dan tempahan bolehlah emel ke cupcakesmuffins@gmail.com atau sweetheartstories@gmail.com

1 comment:

Mama Ashraf said...

wahh..dah dekat dgn rumah as...kampung melayu subang..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...