Wednesday, October 12, 2011

Cerita Tempahan Raya Lalu

Salam semua..

Lama benar saya tak membuat update terbaru berkenaan perniagaan kecil-kecilan saya ni :)

Semasa bulan puasa tempoh hari, saya tidak menang tangan menerima tempahan biskut untuk sambutan hari raya. Sehari sebelum pulang ke kampung, saya masih menerima panggilan telefon untuk membuat tempahan. Maaf.. Waktu itu saya tidak boleh menerima tempahan lagi memandangkan tempahan sedia ada pun masih dalam proses disiapkan.

Bayangkan.. waktu itu saya tidak sempat langsung membeli persiapan berhari raya. Selendang, kerongsang dan sebagainya. Mujurlah saya ada membuat tempahan 3 helai baju kurung dengan bakal ibu mertua. Itupun baju jahitan baju kurung tak siap sempurna. Memang bersungguh-sungguh saya menyiapkan tempahan biskut tahun ini dan sambutan yang diberikan diluar jangkaan. Dua minggu sebelum hari raya, saya pula demam. Macam-macam dugaan. Tapi Alhamdulilah semuanya sudah selesai.


Bayangkan lagi.. saya seorang diri menyiapkan 5 jenis biskut yang mana jumlahnya lebih kurang 80 balang. Sangat letih tapi memang sangat berpuas hati. Insyaallah kalau tiada apa-apa halanngan saya ingin berniaga lagi tahun depan. Mungkin ingin membuka kiosk kecil dimana-mana shopping complex. Amin.. :)

Selepas berehat seketika. kini saya kembali untuk menerima tempahan cupcakes pula. Ada beberapa pic tempahan yang masih belum saya update kerana kesuntukan masa. Insyaallah, nanti saya akan updatekan :)

Sebarang tempahan dan pertanyaan sila emel kepada cupcakesmuffins@gmail.com atau sweetheartstories@gmail.com

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...