Sunday, December 26, 2010

DIY Your Own Cupcakes

Come at Flea Market South City Plaza and let DIY your own cupcakes :)

Ini sudah minggu kedua dan baru hari ini saya dapat 'tackle' pengunjung flea market untuk datang singgah ke gerai Sweetheartstories.

Saya cuba mendekati mereka dengan mengadakan DIY untuk cupcakes mereka sendiri. Alhamdulilah memang dapat sambutan. Dari kanak-kanak sehinggalah ke remaja. Memang mereka 'excited' nak design sendiri cupcakes yang mereka beli.

Pada harga RM2 untuk seunit cupcakes, mereka boleh keluarkan pelbagai idea untuk design cupcakes mereka sendiri. Kebanyakkannya mereka akan menulis nama sendiri, rakan-rakan, saudara mara atau boyfriend di atas cupcakes tersebut.

Walaubagaimanapun, kepada mereka yang tidak berminat untuk DIY, boleh juga 'mix & pick' mana-mana design cupcakes yang telah saya sediakan juga...


Pengunjung yang 'happy' tengok DIY..


Sangat tekun tulis nama sendiri..

'Happy' kan..? :)

parents & Kids

Kanak-kanak memang suka.. :)
Jadi.. apa lagi yang ditunggu? kepada sesiapa yang ingin mencuba DIY jemput datang ke Flea Market, South City Plaza, Seri Kembangan.
PS : Kemungkinan besar minggu depan, 1 dan 2 January 2011, Sweetheartstories tidak membuka booth di Flea Market kerana ingin pergi bercuti. walaubagaimanapun, segala maklumat terkini akan diberitahu kelak.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...