Saturday, October 2, 2010

Blog ini.. Perniagaan Ini..


Saya memulakan perniagaan tempahan cupcakes melalui online sekitar November 2008 dan memberi nama perniagaan online saya ini sweetheartstories. Sekarang saya masih lagi menjalankan perniagaan ini secara online dan kini telah menambah beberapa produk lain seperti choc cornflake dan handmade paper -mini box.

Tempahan untuk choc cornflake diterima sepanjang tahun. Harga RM25 untuk 50 pcs. (ikut pada balang, mungkin akan lebih 3 or 4 pcs)



Tempahan untuk mini box juga diterima sepanjang tahun. Contoh design mini box telah saya publish pada entry yang lepas.


Bagaimana saya mendapat nama Sweetheartstories? Pada mulanya susah juga nak mencari nama yang sesuai untuk perniagaan tempahan cupcakes online ini. Banyak juga nama yang dicari contohnya Narita Cupcakes, Narita Bakery, Sweetheart cupcakes tapi semuanya saya rasa tidak sesuai. Satu hari saya melalui depan kedai bread-story (kalau tak silap laa, itu kedai roti). Tiba-tiba saya mendapat idea nak letakkan nama perniagaan online saya ini sweetheartstories.


Pada saya definasi untuk sweetheartstories ini ialah 'pelbagai cerita manis kekasih hati'. Saya pun tak tahu kenapa saya definasikan ia macam itu.. Mungkin saya mahu buat cupcakes ini kepada mereka yang ingin hadiahkan cupcakes kepada kekasih mereka sebagai lambang cinta... :)


Mungkin juga.. sebab pada valentine 2009, saya banyak menerima tempahan dari mereka yang mahu hadiahkan cupcakes kepada pasangan masing-masing. Valentine 2010 juga saya meneruskan tradisi cupcakes cinta. Saya cipta satu pakej khas - cupcakes comel yang diletakkan dalam box transparent berbentuk hati.



Insyaallah, tahun 2011 saya ingin meneruskan tradisi cupcakes valentine lagi. Mungkin pakej yang lebih menarik.

Jadi anda semua teruslah menyokong Sweetheartstories. Walaupun tidak membuat tempahan cupcakes, sekurang-kurangnya jadilah pembaca blog setia Sweetheartstories.

Terima kasih.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...