Untuk makluman semua, Sweetheartstories tidak akan menerima tempahan cupcakes lagi selepas 23 April 2009.
Saya ingin memberi sepenuh tumpuan kepada perniagaan industri perkahwinan yang telah saya jalankan hampir dua tahun ini. tempahan cupcakes hanya akan diterima jika para pelanggan menempah bersama pakej perkahwinan kami.
Saya amat gembira sepanjang saya menjalankan perniaggan cupcakes secara online ini. Pernah satu ketika, saya berangan untuk membuka sebuah kafe cupcakes. Tapi atas nasihat keluarga dan kenalan rapat, saya perlu memilih satu saja antara dua perkara yang saya cintai ini, iaitu antara perniagaan cupcakes atau perniagaan industri perkahwinan.
Setelah memikirkan semasak-masaknya, saya perlu meneruskan impian saya dalam perniagaan industri perkahwinan ini. Masa saya tidak mencukupi untuk mengedalikan dua perniagaan ini dalam satu masa.
Saya memohon ribuan maaf kepada semua pelanggan yang ingin membuat tempahan cupcakes selepas tarikh tersebut. Namun begitu, saya masih menerima tempahan cupcakes sehingga 23 April 2009.
Pelanggan yang saya senaraikan dibawah, jgn risau kerana tempahan anda telah dimasukkan dalam senarai tempahan kami..
:: Nama :: Tarikh Pick Up :: kuantiti :: pick-up point
:: Nurul Azwar :: 28/3/09 :: 150pcs mini cuppies :: Petronas Mutiara
:: Farah :: 3/4/09 :: 150pcs medium size with single packing :: Petronas Mutiara
:: Chew :: 24/3/09 :: 49 pcs mini cuppies :: Delivery to Shah Alam DONE
:: Hasnor :: 5/4/09 ::100pcs mini cuppies :: Petronas Mutiara
:: Zaidah :: 29/3/09 :: 100 pcs mini cuppies :: Petronas Mutiara
:: Amy :: 10/4/09 :: 100 pcs mini cuppies :: Lobi Luxor
Jutaan terima kasih kepada semua pelanggan yang pernah membuat tempahan cupcakes dari Sweetheartstories...
Jika anda ingin mengetahui infor terkini berkenaan perniagaan industri perkahwinan yang saya jalankan, anda dijemput melayari http://andamannarr.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment