Monday, March 30, 2009

Corat-coret

Saya perlu menyiapkan tiga lagi tempahan cupcakes pelanggan sebelum saya menamatkan perniagaan ini..

Ada yang bertanya, kenapa saya nak berhenti buat cupcakes?
Jawapannya sangat simple...

Pertamanya.. saya bekerja makan gaji, disamping itu saya juga menjalankan perniagaan perkahwinan. Kemudian saya menceburi pula perniagaan cupcakes. Jadi saya perlu memberi tumpuan kepada salah satu perniagaan yang paling saya minati.. iaitu perniagaan perkahwinan.
Memang menjadi impian suatu hari nanti, saya ingin membuka sebuah butik pengantin dan menjadi seorang 'wedding planner' yg berjaya seperti Pak Abu, Nas Great Idea dan ramai lagi..

Keduanya.. Bukan saya tidak sukakan perniagaan cupcakes, saya suka men'deco'. Cuma, pada pendapat saya untuk menjadi pen'deco' kek yang berjaya memerlukan sepenuh tumpuan. Saya sayangkan perniagaan cupcakes yang saya jalankan hampir enam bulan ini. Cuma saya tidak dapat memberi tumpuan terhadap dua cabang perniagaan yang berbeza ini.

Kepada pengunjung blog ini, teruskan kunjungan anda ke sini... kerana saya sentiasa akan menulis sesuatu di sini walaupun bukan tentang cupcakes lagi...

I love dis blog.. many thanks kepada anda yang sentiasa berkunjung ke blog ini....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...