Tuesday, August 4, 2009

Tempahan Biskut Raya

BISKUT SAMPAN / BISKUT KAPAL


Silalah membuat tempahan segera. Klau sesiapa yang nak hadiahkan biskut ni kat mak mertua ke, kakak ipar ke, boss ke, girlfriend ke.. or nak bawak balik kampung kat Parit Buntar ke.. Tampin ke.. bolehlah buat tempahan melalui emel yer.. cupcakesmuffins@gmail.com. Payment pulak boleh bank-in to my account. sebutkan tarikh U nak amik biskut nih okey.. :)

Harga.. 40 biji = RM25. Tapi I nak penuhkan bekas tu so I akan letak dlm 45 biji. Kiranya mcm beli RM25 dapat 40 biji free 5 bijik gitu...



Kalau nak buat packing mcm nih pon boleh jugak. Sesuai untuk doorgift orang kawin or semasa U all buat rumah terbuka musim raya nanti.. 1 bungkus packing ni minima biskut ialah 3 pcs dan minima packing yg perlu diorder ialah 40 unit paket.. harga pulak bergantung kpd berapa byk pcs biskut dlm packing tuh.. ok..

Ada beberapa biskut lagi yang akan dipromosikan. Will update soon.
Selamat membuat tempahan. Terima kasih

Saturday, August 1, 2009

Baby Shower : Zikri Raziq

Tempahan dari Zahira untuk majlis baby shower.


Nama baby : Zikri Raziq


Disebabkan untuk baby 'boy' jadi saya jadikan tema cupcake ni biru + putih.


Terima kasih Zahira atas tempahan anda.
Jika anda ingin membuat tempahan/pertanyaan berkenaan cupcakes, emelkan kepada cupcakesmuffins@gmail.com atau hubungi saya di 017-3316074

Monday, July 20, 2009

Dua Sepupu Bertunang

Tempahan kali ini datangnya dari Diana, Kayu Ara. Dia menempah 2 set cupcakes sbb katanya ada 2 org sepupunya melangsungkan majlis tunang.


Set pertama bertemakan pink purple



Set kedua bertemakan putih gold.




Harap Diana dan sepupu2nya berpuas hati.

Jika ingin menempah cupcakes untuk sebarang acara dan majlis, hubungi 017-3316074 atau emelkan pertanyaan/tempahan anda ke cupcakesmuffins@gmail.com

Thursday, July 9, 2009

Gurlish & Menonjol

Ini pula tempahan dari Nisa - Serdang.

Tempahan dibuat untuk hantaran pertunangan adiknya di Melaka. Selamat bertunang ye untuk adik Nisa..


Saya cuba gabungkan warna-warna yang nampak gurlish dan menonjol.

Bukan senang nak decorate cupcakes selepas lama bercuti dari menghasilkan cupcakes.


Neway, terima kasih to Nisa kerana membuat tempahan. harap anda berpuas hati.
Sebarang tempahan & pertanyaan, hubungi 017-3316074 atau emelkan kepada naritahanimsbridal@gmail.com

Wednesday, July 8, 2009

Order dari Kak Wan

Ini order yang saya terima dari kak Wan sebulan yang lalu. Ini tempahan kedua dari kak wan.

Katanya.. 'nak tempah cupcakes utk makan2 dgn boss aje"


Terima kasih kak Wan kerana sudi order dari Sweetheartstories.
Ingin membuat tempahan cuppies untuk sebarang majlis? hubungi 017-3316074 atau emelkan tempahan anda ke cupcakesmuffins@gmail.com

Wednesday, June 24, 2009

Biskut Hari Raya

Sweetheartstories akan membuka tempahan kuih raya mulai sekarang. Hanya satu jenis saja biskut raya yg kami sediakan - Biskut Kapal.

Sweetheartstories memilih biskut ini untuk dipasarkan sempena hari raya tahun ini kerana biskut ini agak istimewa dan jarang kita lihat dipasaran luar.

Biskut kapal - ditaburi cornflakes halus diatas, dan berintikan cornflakes yg dipecahkan kecil-kecil.

Harga - RM25 untuk 40 biji (1 kontenar =40 biji)


Anda boleh membuat tempahan mulai sekarang kerana tempahan ini akan ditutup mulai 1 Ramadhan. Emelkan tempahan anda ke cupcakesmuffins@gmail.com atau tel 017-3316074
Anda boleh mengambil mengambil tempahan anda mulai minggu ke 3 Ramadhan..

Tuesday, June 23, 2009

Terima Order Kembali

ANNOUNCEMENT

I will take your order from now onwards.

Ada sedikit perubahan berkenaan cupcakes Sweetheartstories.

:: Sweetheartstories menawarkan tempahan cupcakes untuk saiz medium saja. (Dalam erti kata lain no more small cuppies yg 49 pcs tu)

:: Harga masih lagi sama.. RM35 untuk 1 set (1 set = 25pcs cuppies). Harga cupcakes anda boleh rujuk di ruangan 'Infor Harga'

:: Sweetheartstories hanya menerima tempahan yang terhad saja. (Contoh : 1 hari = 2 tempahan saja)

:: Anda akan menerima cupcakes + packing transparent + reben + handmade greeting card (spt gambar bawah)


:: Tempahan cupcakes single packing, minimum 50 pcs.

:: Harga?? anda boleh rujuk di ruangan Infor Harga.

Sebarang tempahan dan pertanyaan, hubungi cupcakesmuffins@gmail.com atau hubungi 017-3316074

Terima kasih

Monday, June 22, 2009

I'm back..

Sangat 3x lama saya tidak menulis dalam blog ini.. maklumlah sibuk dgn aktiviti harian dan beberapa small wedding project. Alhamdulilah..

gambar bawah nie antara order2 terakhir yg saya terima bulan April 09 yg lepas. Ada lagi beberapa set cupcakes tempahan dari pelanggan. Tapi saya tak pasti dimana folder untuk gambar tersebut. Still in process to search the pic. Klau ada saya akan upload dlm blog..



Terima kasih kepada mereka yang menempah cupcakes dari Sweetheartstories pada penghujung April lepas..



Wednesday, April 8, 2009

Atikah, Hasnor & Farah

Disebabkan sibuk dgn rutin harian, sudah lebih seminggu saya tidak membuat catatat ke dalam blog ini.

Pertama sekali saya ingin mengumumkan pengunjung bertuah yang telah menjadi pengunjung ke 5000 blog ini. Tahniah untuk Nur Atikah Muhammad.
Sabar menantikan hadiah dari Sweetheartstories.

Kali ini, ingin mempamirkan cupcakes yg ditempah oleh Hasnor minggu lepas untuk harijadi anaknya..




Hasnor kata dia kurang suka dgn deco padang bola ni. Dia lebih sukakan cuppies yg dihias dgn carecter cartoon.
Saya minta maaf to Hasnor sbb deco kali ini tidak menepati citarasa anda..
150 pcs cuppies single packing untuk Farah tiada dalam simpanan saya. Saya terlupa mengambil gambar cuppies tersebut untuk dipamerkan disini.

Tuesday, March 31, 2009

Siapa Pengunjung ke 5000?

Siapa yang akan menjadi pengunjung ke 005000 ?

Di sebelah kanan blog ni ada column my visitor, Jika anda pengunjung yang ke 5000, print screen dan emelkan kepada cupcakesmuffins@gmail.com



sila letak title 'kuiz'

Hadiahnya.. seperti gambar dibawah:
:: sapu tangan dan cover hanfon

Tapi bukan setakat ini sahaja, ada juga hadiah misteri menanti pengunjung yg ke 5000
GOOD LUCK

Monday, March 30, 2009

Corat-coret

Saya perlu menyiapkan tiga lagi tempahan cupcakes pelanggan sebelum saya menamatkan perniagaan ini..

Ada yang bertanya, kenapa saya nak berhenti buat cupcakes?
Jawapannya sangat simple...

Pertamanya.. saya bekerja makan gaji, disamping itu saya juga menjalankan perniagaan perkahwinan. Kemudian saya menceburi pula perniagaan cupcakes. Jadi saya perlu memberi tumpuan kepada salah satu perniagaan yang paling saya minati.. iaitu perniagaan perkahwinan.
Memang menjadi impian suatu hari nanti, saya ingin membuka sebuah butik pengantin dan menjadi seorang 'wedding planner' yg berjaya seperti Pak Abu, Nas Great Idea dan ramai lagi..

Keduanya.. Bukan saya tidak sukakan perniagaan cupcakes, saya suka men'deco'. Cuma, pada pendapat saya untuk menjadi pen'deco' kek yang berjaya memerlukan sepenuh tumpuan. Saya sayangkan perniagaan cupcakes yang saya jalankan hampir enam bulan ini. Cuma saya tidak dapat memberi tumpuan terhadap dua cabang perniagaan yang berbeza ini.

Kepada pengunjung blog ini, teruskan kunjungan anda ke sini... kerana saya sentiasa akan menulis sesuatu di sini walaupun bukan tentang cupcakes lagi...

I love dis blog.. many thanks kepada anda yang sentiasa berkunjung ke blog ini....

Sunday, March 29, 2009

Tempahan dari Zaidah

Zaidah membuat tempahan 100 pcs mini cuppies untuk majllis harijadi anaknya juga..

Tema yg Zaidah 'requist' tak jauh bezanya dengan tema Nurul Azwar..


Ada almo, face carector, rama-rama, matahari dan 'waffel flower'



Terima kasih Zaidah di atas tempahan anda...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...