Wanie & Bad's Wedding Reception.
Kesedar Inn, Gua Musang Kelantan
Ini kali kedua Sweetheartstories menjayakan event chocolate fountain di Gua Musang. Kali pertama pada bulan March 2013 iaitu majlis Nurul & Hazwan. Nurul ialah kakak kepada Wanie sebenarnya.. :)
Insyaallah untuk majlis adik mereka pada bulan September nanti Sweetheartstories diberi peluang untuk datang ke sana lagi...
Kali ini set-up dilakukan oleh saya seorang manakala suami membantu dalam urusan chocolate fountain.
Saya hanya sempat mengambil sekeping gambar dekorasi meja yang telah siap. Kemudian choc fountain corner ini telah diserbu oleh tetamu. Sehinggakan saya tak sempat 'top-up' buah yang telah habis atas meja. Sebaliknya tetamu pula yang membantu mengambil buah dari box polisterin.. hahaha...
Seronok tengok mereka ini semua berebut-rebut especially semasa nak makan strawberry cicah cokelat tu.. :)
Alhamdulilah majlis berjalan lancar. Lebih kurang dua jam setengah saja beroperasi semua menu untuk chocolate fountain / dessert / candies telah habis.
Inilah rupa dan keadaan meja selepas dua jam setengah beroperasi.. haha...
Terima kasih kepada Wanie dan family kerana memberi peluang untuk sama-sama menjadi vendor untuk majlis anda. Terima kasih juga tetamu Gua Musang sebab begitu 'excited' menikmati strawberry cicah cokelat. Panjang umur kita jumpa lagi.. :)
Untuk tempahan dan pertanyaan boleh email ke cupcakesmuffins@gmail.com atau sms/coll 012-5346131
No comments:
Post a Comment