Sunday, April 7, 2013

Question and Answer

Q & A For Chocolate Fountain Package

Q: I nak tempah choc fountain for my wedding bulan September ni.. so bila time yg sesuai I nak booking?
A: Bila-bila pun boleh. Tapi nasihat saya seeloknya dua bulan sebelum majlis untuk booking tarikh majlis.

Q: I punye guest dalam 1000 orang. Pakej choc fountain mana yg sesuai ye..?
A: Ikut pada budget anda. Kalau boleh dah tentu nak bagi semua tetamu rasakan.. jadi lebih elok ambil pakej 5 iaitu 10kg choc fondue. Untuk pengetahuan, if bilangan tetamu anda 1000 orang dan jika nak ambil pakej 3 choc fountain (4kg choc fondue), alamatnya sejam saja choc fountain corner beroperasi, sebab dah habis  :)

Q: Birthday anak I tetamu cuma dalam 100 orang.. pakej choc fountain mana yang sesuai?
A: Untuk birthday party dan bilangan tetamu 100 orang, memadai ambil pakej 1 ialatu 2kg choc fondue  :)

Q: U ada sewakan mesin choc fountain saja tak?
A: Maaf... saya tak sewakan mesin saja.. saya sediakan sekali dengan pakej

Q: I nak save budget.. so boleh tak I ambil pakej 1 saja.. then nanti choc + buah + marshmallow I tambah sendiri?
A: Maaf... saya tidak membenarkan anda menambah sendiri chocolate yang anda sediakan. Sebabnya saya menggunakan chocolate khas untuk mesin. Khuatir jika anda nak save budget sangat anda menggunakan chocolate compound yang dibeli dikedai bakery. Anda cairkan dgn kaedah double boil dan tambah minyak. MAAF.. saya tak benarkan..  :) Ada juga nak ambil pakej choc + buah, marshmallow anda sediakan. Dulu saya benarkan sewaan macam tu.. Tapi sekarang saya tidak benarkan penyewaan seperti itu. MAAF

Q: If choc / marshmallow / fruits ada balance.. macam mana?
A: Jika ada lebihan choc / buah / marshmallow selepas majlis saya akan beri kepada anda / tuan rumah

Q: Pakej ni tak boleh kurang lagi ke?
A: Rasanya harga pakej adalah sangat berpatutan  :)


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...