Thursday, May 31, 2012

Happy Birthday Abah

Ini tempahan dari Ziela. Dia membuat tempahan dua hari sebelum tarikh delivery. Nasib baik waktu tu saya mempunyai masa untuk menjalankan tugas memenuhi order Ziela.


Cupcakes ni dihadiahkan kepada suami beliau. Saya yang pergi membuat surprise delivery di Proton Shah Alam.


Terima kasih Ziela atas tempahan awak.. :)

Sebarang tempahan dan pertanyaan emel kepada cupcakesmuffins@gmail.com atau hubungi 012-5346131

Friday, May 25, 2012

Candy Buffet @ Thaqif Birthday Party


Candy Buffet set-up for Thaqif Birthday Party. Thaqif Birthday Party ni dibuat di Tadika Pusat Pembelajaran Tahfiz, Lembah Keramat.





Terima kasih kepada ibu Thaqif kerana beri kepercayaan sepenuhnya kepada saya :)

Tempahan dan pertanyaan bolehlah emel kepada cupcakesmuffins@gmail.com

Thursday, May 24, 2012

Vanilla With Oreo Topping


Hi semua. Ini repeat order dari Zuhaifah.Dua minggu lepas dia order birthday cupcakes untuk someone dan hantar ke Nilai. Hari nie pun order lagi. Thankss yer... :)


Tapi ada kisah tragis masa nak deliver cupcakes ni. Waktu saya drive, tiba-tiba ada sebijik kereta ni datang laju dan memintas kereta saya. Saya betul-betul terkejut dan terus break kereta. Kotak cupcakes berada di seat belakang dengan laju meluncur jatuh bawah seat kereta..Adussss.. Nak kata ranap teruk tak jugak laa tapi bunga dah layu dan huruf Y patah..
Saya terus coll customer ni.. bagi tau situasi saya. Saya balik rumah semula dan repair cupcakes yang rosak ni...


Alhamdulilah... cupcakes ni berjaya jugak dihantar ke customer pukul 10.30pm. Sepatutnya pukul 9pm.. Lewat 1 jam setengah...

Harap maaf kepada customer ni.. :(

Ini vanilla cupcakes with oreo topping yer... Sebarang tempahan dan pertanyaan emel kepada cupcakesmuffins@gmail.com

Wednesday, May 23, 2012

Fondant Wedding Cake




This fondant cake untuk dijadikan sebagai salah satu hantaran perkahwinan Aboi. Sorry.. saya lupa nama pengantin perempuan.

Tuesday, May 22, 2012

Chocolate Fountain @ Wedding Adiela & Wan












Chocolate Fountain dan Candy Buffet di majlis perkahwinan Adiela & Wan di Kubuk Gajah, Selama Perak.

Untuk tempahan dan pertanyaan, emel to cupcakesmuffins@gmail.com.
Terima kasih :)

Wednesday, May 16, 2012

Fountain Dipping Candy


Salam semua dan apa khabar?
Atas sebab tertentu saya terpaksa merombak semula harga pakej untuk chocolate fountain. Mohon maaf sekiranya ada kekeliruan.

Terus terang saya katakan harga pakej sebelum ni lebih murah sedikit berbanding harga pakej setelah dirombak. Ini kerana harga pakej yang lama saya hanya menggunakan chocolate compound biasa. Chocolate tersebut perlu dicairkan dan dicampur dengan ramuan lain supaya chocolate tersebut lebih mudah mencurah ke bawah.

Walaubagaimanapun kekerapan menggunakan chocolate compound kemungkinan akan merosakkan mesin kerana untuk pengetahuan chocolate khas untuk mesin chocolate fountain lebih ringan berbanding chocolate compound biasa dan lebih mudah mengendalikan dan mencairkan chocolate tersebut. Tetapi harga untuk chocolate khas ini adalah tiga kali ganda berbanding chocolate compound biasa.

Saya mengambil keputusan untuk menggunakan chocolate khas untuk pakej chocolate fountain ini semata-mata untuk menjaga ketahanan mesin.

Berikut ialah senarai harga pakej yang saya tawarkan untuk pakej chocolate fountain

Pakej 1: RM300 (50pax - 100pax)
2kg choc
1kg marchmallow
1kg buah
0.5 jejari cookies
::paper cups
::tissue paper

Pakej 2: RM420 (101pax - 200pax)
3kg choc
2kg marchmallow
2kg buah
1kg jejari cookies
::paper cups
::tissue paper

Pakej 3: RM550 (201pax - 300pax)
4kg choc
3kg marchmallow
3kg buah
1.5kg jejari cookies
::paper cups
::tissue paper

Setiap pakej diatas akan disertakan juga 'simple table decoration'. Selalunya buah epal hijau dan anggur akan diberi sebagai 'dipping'. Sweetheartstories juga akan memberi satu menu tambahan yang sesuai sebagai 'dipping' secara percuma untuk setiap pakej diatas tetapi bergantung kepada 'capability'.

Jika ada sebarang pertanyaan dan tempahan boleh emel kepada cupcakesmuffins@gmail.com atau sms 012-5346131

Monday, May 14, 2012

Epy B'day Pink Color


Cupcakes ni ditempah oleh seorang student dari UPM. Masa dia nak buat tempahan katanya cupcakes tu untuk seorang perempuan.

Dia datang pick-up cupcakes ni di Giant Seksyen 13 pukul 9.30 malam. Katanya lepas ni nak terus hantar cupcakes ni kat orangnya.. Then, saya bertanya "nak hantar kat mana?" terus dia jawab "dekat Nilai" wowww.. so sweet kan.. :)

Friday, May 4, 2012

Four Layer Green Cake






4 Layer Green butter cake. We can do pink, red, blue, purple etc..
Sesuai untuk dijadikan sebagai hantaran atau majlis perkahwinan.
Pertanyaan dan tempahan emel kepada cupcakesmuffins@gmail.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...