Thursday, December 13, 2012

Rainbow Cake for Qaisarra

Salam...
Hujung minggu lepas ada kejadian tragis dah terjadi kat saya. haha.. takut sangatt...
Saya buat delivery rainbow cake kat Shah Alam Seksyen 20. Customer nama Faizah dari Putra Heights janji dengan saya nak pick-up cake pukul 2 di Seksyen 20.

Dalam perjalanan.. saya pun tak pasti macam mana.. kereta tiba-tiba buat amergency break.. cake melungsur.. sedikit rosak pada bahagian bawah cake. Saya terus coll Faizah bagi tahu ada sedikit masalah pada kek. Saya perlu balik rumah semula dan repair balik kek tu... dan saya janji pada Faizah akan hantar kek tu terus ke rumah beliau sebelum pukul 4 ptg..

Ini rupa kek sebelum kejadian.. 



Ini pula rupa kek selepas kejadian. Ahaa.. ada penambahan border dan bunga-bunga di bawah kek. Tulisan happy birthday juga telah ditukar dan diletakkan pada kek yang sebelum ini cuma diletakkan pada papan kek saja..
 

Dan inilah hasil kek selepas di'transform'. Saya terus hantar ke rumah Faizah di Putra Heights seperti yg dijanjikan.. 

Minta maaf sangat-sangat pada Faizah kalau ada rasa tak puas hati. Walau apapun terima kasih atas tempahan anda.  :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...