Thursday, March 22, 2012

Tiga Bulan Berlalu

Wowww....
Lamanya saya tak update blog ni kan, lebih tiga bulan saya tak update cerita terbaru tentang cupcakes dan fancy cookies.

Untuk pengetahuan semua saya masih lagi menerima tempahan cupcakes untuk birthday party, hantaran dan sebagainya.. cuma tiga bulan kebelakangan ini tempahan yang saya terima agak kurang kerana saya terlalu sibuk dengan pekerjaan harian serta sibuk menguruskan majlis perkahwinan saya yang baru selesai pada 17 March 2012.

Saya mohon maaf kerana saya perlu menolak beberapa tempahan dan kelewatan membalas emel anda semua disebabkan oleh kekangan masa. Selepas ini, insyallah saya akan cuba membalas setiap emel yang bertanyakan tentang sebutharga secepat mungkin. Dan juga insyallah selepas 15 April 2012 saya akan menerima tempahan cupcakes untuk majlis hari jadi, cupcakes untuk doorgift dan sebagainya seperti biasa.

Bermula tahun ini, saya mengembangkan lagi sayap perniagaan Sweetheartstories dengan menyediakan perkhidmatan Pakej Candy Buffet dan Pakej Chocolate Fountain untuk majlis anda seperti majlis harijadi, majlis perkahwinan, majlis corporat dan segala jenis majlis. Insyallah saya akan berikan yang terbaik untuk anda.

Sekali lagi saya ingatkan, Sweetheartstories sudah tidak beroperasi di Seri Kembangan/Taman Equine kerana sekarang saya telah berpindah ke Puncak Perdana, Shah Alam. Dan buat masa ini perkhidmatan untuk penghantaran tidak dibuat disebabkan faktor masa yang tidak mencukupi untuk saya. Jika anda ingin membuat tempahan, bolehlah pick-up tempahan anda disekitar Puncak Perdana atau Giant Seksyen 13.

Tahun ini juga saya merancang untuk mengadakan party cupcakes. Aktiviti ini saya rancangkan sejak dari tahun lepas. Tapi disebabkan beberapa faktor yang menghalang jadi saya tidak dapat merealisasikan party cupcakes tersebut. Insyallah tahun ini saya cuba merealisasikan party tersebut.

Harap anda semua dan peminat cupcakes sentiasa memberi sokongan yang penuh kepada Sweetheartstories. Jika anda ada sebarang pertanyaan dan tempahan cupcakes, pakej candy buffet dan pakej chocolate fountain, jangan segan emel kepada saya cupcakesmuffins@gmail.com

Terima kasih :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...