Monday, February 28, 2011

Sekitar Di ILOVEBAZAAR

Sekitar 27 Februari 2011 di ILOVEBAZAAR














Booth Giveaway :)

Salam..

Alhamdulilah, semasa Sweetheartstories berada di booth #42 ILOVEBAZAAR, Subang Parade, sambutan yang diberikan oleh pengunjung amat menggalakkan. Terima kasih kepada mereka yang sudi singgah dan membeli-belah di booth #42.

Seperti yang dirancang, Booth Giveaway Sweetheartstories berjaya dilaksanakan di booth #42. Sebanyak 14 penyertaan diterima. Walaubagaimanapun masih ramai yang tidak sempat menyertai contest ini memandangkan faktor masa dan sikap low profile mereka..

1. Empat belas penyertaan bersedia untuk membuat cabutan


2. Saya tutup mata. Tangan kiri 'pick' penyertaan, tangan kanan memegang kamera dan 'click'

3. Saya membuaka mata semula, berdebar membuka lipatan kertas..

4. Tarraaaaa....... pemenang telah diketahui :)
Tahniah kepada IFFA IZZATI ISMAIL. Anda berjaya memenangi 'Booth Giveaway' dari Sweetheartstories.. :) Anda akan dihubungi melalui email...
Terima kasih juga kepada semua yang sudi dan 'sporting' menyertai 'Giveaway' ini.
:: Azun Supian
:: Aishah Jawal
:: Husna Afiqah
:: Yasmin Safia
:: Sazilawati Kamarudin
:: Rafidah Abd Rahman
:: Nurlaila Ahmad Rosfian
:: Nur Atiqah bt Md Anuar
:: Nur Haniz Mohd Nor
:: Jasmin Ixora
:: Norsafrena Mahmood
:: Syafiqah Ahmad
:: Arman Imaad Faizal
Didalam borang penyertaan 'booth giveaway' tersebut mereka hanya perlu menjawab satu soalan saja..
Cadangkan aktiviti yang boleh dilakukan untuk memperkenalkan Sweetheartstories kepada peminat cupcakes?
.......................................................................................................
Antara idea yang diberikan oleh mereka ialah:
Mengedarkan flyer
Ya.. saya setuju pendapat itu. I will do it. Insyallah
Membuka kumpulan di facebook, twitter & blog
Sudah. Ini add fb Sweetheartstories http://www.facebook.com/home.php#!/pages/Sweetheartstories-Cupcakes-Craft/132742146769578 Cuma Twitter saja belum aktif lagi :)
Bagi 'test sampel' ketika membuka booth
Insyallah, ini boleh dipertimbangkan
Kerapkan aktiviti jualan booth
Ya. saya akan menyertai bazaar & flea market dari semasa ke semasa.
Menyertai hari kantin sekolah & universiti
Saya ada terfikir juga untuk menyertai hari kantin dan jualan di universiti. Sesiapa yang ada informasi tentang hari kantin sekolah dan hari terbuka Uni sila inform saya ye.. thanks :)
Tutorial Video & promosi di majalah
Promosi di majalah memang satu cadangan yang bagus. Tapi tutorial video saya rasa belum lagi..
Improve the design
Ok. Saya akan cuba lakukan yang terbaik untuk semua peminat cucpakes
Terima kasih sekali lagi kepada semua yang memberi 'support' kepada Sweetheartstories

Saturday, February 26, 2011

Join Contest @ Booth 42

Hi All,

Happy weekend yaa..

Sweetheartstories mengadakan contest & lucky draw kepada sesiapa yang beli cupcakes di booth #42. Syarat & terma contest tersebut:

:: Anda perlu membeli cupcakes dari Sweetheartstories walaupun sebiji ajee :)
:: Kemudian isi satu borang kecil yang akan saya berikan selepas u'olls membuat pembelian.
:: Jawab simple question.
:: Lipat empat borang kecil itu dan masuk dalam balang yang disediakan.
:: Saya akan membuat cabutan pukul 12 malam hari yang sama.
:: Pemenang akan diumumkan di blog dan facebook selepas cabutan dibuat.

Apa hadiahnya? Rahsia :)

Wednesday, February 23, 2011

Sweetheartstories @ ILOVEBAZAAR

Sweetheartstories akan berada di I LOVE BAZAAR, Subang Parade pada 27 Feb 2011 bermula pukul 12pm hingga 9pm


Jangan lupa cari booth no 42, berhadapan dengan kedai komputer.



Klik pada gambar untuk view pic besar


Jemput datang beramai-ramai memeriahkan I LOVE BAZAAR. Especially di booth no 42.

Mari membeli cupcakes & DIY cupcakes anda sendiri :)



Insyallah saya ingin merancang beberapa aktiviti menarik di booth nanti. Saya akan umumkan kemudian. Sentiasa layari blog sweetheartstories untuk maklumat terkini...



Jumpa disana....!!

Tuesday, February 22, 2011

Need U, Miss U, Love U...

Ini pula tempahan dari Mimi. Bukan saya tau.. Nama aje sama :). Sebenarnya Mimi nie kawan kepada Zetty, my regular customer. Diorang ni pun penah datang DIY kat Flea Market dulu..

Mimi ni last minute order. Dia minta tolong sangat-sangat supaya saya dapat buat cupcakes untuk dia.. Nasib baik saya ada 1 set cuppies lebih. So saya pun tak menolak order dari Mimi ni..
Need U.. Miss U.. Love U... :)

Ada cerita disebalik cuppies ni. Sebenarnya nak minta maaf kat boyfriend.. So sweet jugak laa awak nie Mimi..
Finally dia and boyfriend pun berbaik semula lepas Mimi bagi cupcakes tu.. suka saya dengar cerita dia...
Anyway.. thanks for your order... :)

Monday, February 21, 2011

Love In Love Theme

Tempahan pertama yang bertemakan Love In love theme...

1. Seorang student lelaki dari UPM. I'm so sorry sebab saya lupa sangat nama dia. Tapi he' so sweet.. datang amik cuppies ni kol 10 malam :) bertuah gurl tu kan..


2. Tempahan kedua dari Anne. Anne pun pernah order cuppies jugak dari Sweetheartstories.




Mereka yang membuat tempahan untuk 'Love In Love Theme' saya hadiahkan teddy bear kecil yang cute..

Sunday, February 20, 2011

In Blue Theme

Love in blue theme...

Terima kasih Hidayah atas tempahan anda..


Dan selamat bertunang kepada Zilla & Hafiz.. Zilla ialah kawan kepada Hidayah :)
Tempahan dan pertanyaan emel kepada cupcakesmuffins@gmail.com atau sweetheartstories@gmail.com

Monday, February 14, 2011

Valentine 2011

Salam Semua..

Valentine Promotion Package datang lagi.. Kali ini gabungan yang lebih comel dan 'sweet' khas untuk anda peminat cupcakes.



12 pcs mini cuppies + love shape transparent box + ribbon + handmade mini card + mini bear

Only RM22


Anda membuat tempahan, lalu pihak Sweetheartstories membuat penghantaran kepada anda ATAU anda mahukan saya membuat penghantaran terus ke someone yang anda sayang..

YES!! We will do it... dengan charge penghantaran yg telah ditetapkan.

Bila penghantaran akan dibuat? Saya akan membuat penghantaran mengikut lokasi dan tarikh seperti berikut:

Sabtu (12 February 2011)

11am - 10pm : Puchong, Kinrara, Subang Jaya, Damansara, Kelana Jaya, Sungai Buluh, Kepong, Selayang, Seri Gombak, Wangsa Maju, Keramat, Hulu Kelang, Ampang, Pandan Indah, Cheras, Bandar Tun Razak....

Ahad (13 February 2011)

12pm - 9pm : Shah Alam, Sungai Besi, Serdang, Kajang, Bangi, Putrajaya, Cyberjaya, Dengkil

Isnin (14 February 2011)

Tiada penghantaran dibuat. Boleh datang pick-up di sekitar Taman Equine

Bayaran Penghantaran/Delivery Charge

(akan diupdate kemudian)

Bagaimana Membuat Tempahan / How to Order?
:: Berikan detail anda seperti nama dan no tel
:: Nama penerima & Alamat penghantaran
:: Perkataan yang ditulis atas cuppies (Must be simple)

Bayaran penuh perlu dibuat tiga (3) hari sebelum tarikh 12 February 2011. Sila bank in ke akaun Maybank seperti yg tertera di sebelah..

Saya juga sedang mencari agent / wakil penjual untuk mengedarkan set Valentine Cuppies pada Hari Valentine nanti. Kepada yang berminat sila emel kepada cupcakesmuffins@gmail.com atau sweetheartstories@gmail.com . Komisen akan diberikan.. terbuka kepada mereka yang betul-betul berminat untuk menjadi agent... :)

Sunday, February 13, 2011

Valentine is Coming....

Last Call!! Last Call!!
Set untuk Valentine Cuppies ni adalah: :)
12 pcs mini cuppies, packing in love shape transparent box include with exclusive ribbon (this year bukan ribbon yg mcm dlm pic kat bawah yer.. kali ni satin ribbon)
+
Handmade mini card
+
Mini teddy bear (actually ada 3 corak teddy bear tu)


Price RM22 only
Ada lagi 1 minggu saja peluang untuk membuat tempahan. Email saya sekarang di
atau

Thursday, February 10, 2011

Happy Birthday Zila

Last nite selepas balik dari jumpe ex-schoolmate di Jusco Taman Equine, tiba-tiba sms berbunyi..

"Mimi, hari nie my birthday. Tak ada kek pun..sedihnya.. :( "

Saya terkejut. Siapa pula yang SMS saya ni dan bagi tahu tentang birthday dia. Bila tengok nombor telefon baru lah saya perasan.. dia salah seorang customer yang pernah membuat tempahan cupcakes dari Sweetheartstories dalam bulan December untuk 'celebrate' hari jadi tunang dia.. So sweet kan... Saya sendiri membuat delivery cupcakes yang ditempah tu ke Subang Jaya pada waktu malam selepas saya habis kerja.

Tapi bila sampai 'birthday' dia.. dia sedih sangat sebab tunang dia tak order cupcakes pun.. :)
Cuma keluar makan di Sunway Pyramid saja.

Saya kemudian reply SMS dia..

"Tunang awak lupa ke hari nie ur birthday? Or dia saja nak menduga?"

Yang sebenarnya, tunang dia tak lupa langsung, cuma atas sebab tertentu tunang dia tak dapat 'celebrate' harijadi dia dan hadiahkan cupcakes untuk dia....

Kemudian saya tersenyum sorang-sorang. Kalau saya sendiri ditempat dia, mesti saya rasa terlalu sedih juga. Orang yang kita sayang tak ada langsung membuat persiapan untuk hari jadi kita sedangkan kita sangat beriya-iya membuat persiapan untuk majlis hari jadi dia....

Kepada Zila..
Memandangkan 'guy' tu pun sudah menjadi tunangan awak.. perlulah menerima segala kelebihan dan kekurangan yang ada pada dia. Apa yang penting saling bertolak ansur, memahami satu sama lain, berkomunikasi, ikhlas, jujur dan setia. Its ok.. masa masih banyak lagi.. tak semestinya perlu hadiahkan cupcakes semasa hari jadi saja... bila-bila masa pun boleh. Nanti bila waktu mengizinkan, 'claim'lah balik dari tunang awak cupcakes :) saya dengan senang hati menerima tempahan uolss.. hahaha...

Kepada Tunang Zila..
Hargailah hati & perasaan seorang perempuan yang benar-benar mengharapkan kasih & sayang awak.. Tidak semestinya perlu menyediakan hadiah ratusan atau ribuan ringgit untuk menunjukkan kasih sayang tersebut. Sangat memadai walaupun hanya sebiji cupcakes berserta kad ucapan sebagai tanda ingatan. Tentu si Dia gembira tak terkata kan.. :)

Kepada anda berdua..
Berusahalah menjadi yang terbaik antara yang terbaik kepada pasangan. Apa yang penting dalam menjayakan sesuatu hubungan ialah komunikasi dan kepercayaan. Perhubungan akan musnah jika tiada kepercayaan itu..

Jemput datang DIY cupcakes kat Subang Parade nanti yer.. jangan lupa tau date 27/2/11

Tuesday, February 8, 2011

DIY Activities

Last call.. Last call....

Valentine Cuppies cupcakes for order.. email me for more details ok :)
Kali ni saya nak selitkan beberapa lagi gambar semasa aktiviti DIY cupcakes di Flea Market, South City Plaza..


Ahaa.. budak lelaki pun excited nak DIY cupcakes yer..



Nie pula anak Arab.. Diorang ni pun memang excited jugak. Every week diorang akan datang jumpe saya :)



Mimirul.. u're very talented ;)


Hmm.. boleh jadi assistant Sweetheartstories


Adik nie beli 6 pcs cuppies..


Nice..


Zetty & the geng.. diorang memang excited ;)


Thanks gurls for coming. Jemput datang lagi kat Subang Parade pada 27 Feb ok :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...