
Monday, February 28, 2011
Booth Giveaway :)
Alhamdulilah, semasa Sweetheartstories berada di booth #42 ILOVEBAZAAR, Subang Parade, sambutan yang diberikan oleh pengunjung amat menggalakkan. Terima kasih kepada mereka yang sudi singgah dan membeli-belah di booth #42.
Seperti yang dirancang, Booth Giveaway Sweetheartstories berjaya dilaksanakan di booth #42. Sebanyak 14 penyertaan diterima. Walaubagaimanapun masih ramai yang tidak sempat menyertai contest ini memandangkan faktor masa dan sikap low profile mereka..


Saturday, February 26, 2011
Join Contest @ Booth 42
Happy weekend yaa..
Sweetheartstories mengadakan contest & lucky draw kepada sesiapa yang beli cupcakes di booth #42. Syarat & terma contest tersebut:
:: Anda perlu membeli cupcakes dari Sweetheartstories walaupun sebiji ajee :)
:: Kemudian isi satu borang kecil yang akan saya berikan selepas u'olls membuat pembelian.
:: Jawab simple question.
:: Lipat empat borang kecil itu dan masuk dalam balang yang disediakan.
:: Saya akan membuat cabutan pukul 12 malam hari yang sama.
:: Pemenang akan diumumkan di blog dan facebook selepas cabutan dibuat.
Apa hadiahnya? Rahsia :)
Wednesday, February 23, 2011
Sweetheartstories @ ILOVEBAZAAR

Tuesday, February 22, 2011
Need U, Miss U, Love U...
Mimi ni last minute order. Dia minta tolong sangat-sangat supaya saya dapat buat cupcakes untuk dia.. Nasib baik saya ada 1 set cuppies lebih. So saya pun tak menolak order dari Mimi ni..

Ada cerita disebalik cuppies ni. Sebenarnya nak minta maaf kat boyfriend.. So sweet jugak laa awak nie Mimi..

Monday, February 21, 2011
Love In Love Theme
Sunday, February 20, 2011
In Blue Theme
Terima kasih Hidayah atas tempahan anda..

Monday, February 14, 2011
Valentine 2011

Anda membuat tempahan, lalu pihak Sweetheartstories membuat penghantaran kepada anda ATAU anda mahukan saya membuat penghantaran terus ke someone yang anda sayang..
YES!! We will do it... dengan charge penghantaran yg telah ditetapkan.
Bila penghantaran akan dibuat? Saya akan membuat penghantaran mengikut lokasi dan tarikh seperti berikut:
Sabtu (12 February 2011)
11am - 10pm : Puchong, Kinrara, Subang Jaya, Damansara, Kelana Jaya, Sungai Buluh, Kepong, Selayang, Seri Gombak, Wangsa Maju, Keramat, Hulu Kelang, Ampang, Pandan Indah, Cheras, Bandar Tun Razak....
Ahad (13 February 2011)
12pm - 9pm : Shah Alam, Sungai Besi, Serdang, Kajang, Bangi, Putrajaya, Cyberjaya, Dengkil
Isnin (14 February 2011)
Tiada penghantaran dibuat. Boleh datang pick-up di sekitar Taman Equine
Bayaran Penghantaran/Delivery Charge
(akan diupdate kemudian)
Bagaimana Membuat Tempahan / How to Order?
:: Berikan detail anda seperti nama dan no tel
:: Nama penerima & Alamat penghantaran
:: Perkataan yang ditulis atas cuppies (Must be simple)
Bayaran penuh perlu dibuat tiga (3) hari sebelum tarikh 12 February 2011. Sila bank in ke akaun Maybank seperti yg tertera di sebelah..
Saya juga sedang mencari agent / wakil penjual untuk mengedarkan set Valentine Cuppies pada Hari Valentine nanti. Kepada yang berminat sila emel kepada cupcakesmuffins@gmail.com atau sweetheartstories@gmail.com . Komisen akan diberikan.. terbuka kepada mereka yang betul-betul berminat untuk menjadi agent... :)
Sunday, February 13, 2011
Valentine is Coming....
Thursday, February 10, 2011
Happy Birthday Zila
"Mimi, hari nie my birthday. Tak ada kek pun..sedihnya.. :( "
Saya terkejut. Siapa pula yang SMS saya ni dan bagi tahu tentang birthday dia. Bila tengok nombor telefon baru lah saya perasan.. dia salah seorang customer yang pernah membuat tempahan cupcakes dari Sweetheartstories dalam bulan December untuk 'celebrate' hari jadi tunang dia.. So sweet kan... Saya sendiri membuat delivery cupcakes yang ditempah tu ke Subang Jaya pada waktu malam selepas saya habis kerja.
Tapi bila sampai 'birthday' dia.. dia sedih sangat sebab tunang dia tak order cupcakes pun.. :)
Cuma keluar makan di Sunway Pyramid saja.
Saya kemudian reply SMS dia..
"Tunang awak lupa ke hari nie ur birthday? Or dia saja nak menduga?"
Yang sebenarnya, tunang dia tak lupa langsung, cuma atas sebab tertentu tunang dia tak dapat 'celebrate' harijadi dia dan hadiahkan cupcakes untuk dia....
Kemudian saya tersenyum sorang-sorang. Kalau saya sendiri ditempat dia, mesti saya rasa terlalu sedih juga. Orang yang kita sayang tak ada langsung membuat persiapan untuk hari jadi kita sedangkan kita sangat beriya-iya membuat persiapan untuk majlis hari jadi dia....
Kepada Zila..
Memandangkan 'guy' tu pun sudah menjadi tunangan awak.. perlulah menerima segala kelebihan dan kekurangan yang ada pada dia. Apa yang penting saling bertolak ansur, memahami satu sama lain, berkomunikasi, ikhlas, jujur dan setia. Its ok.. masa masih banyak lagi.. tak semestinya perlu hadiahkan cupcakes semasa hari jadi saja... bila-bila masa pun boleh. Nanti bila waktu mengizinkan, 'claim'lah balik dari tunang awak cupcakes :) saya dengan senang hati menerima tempahan uolss.. hahaha...
Kepada Tunang Zila..
Hargailah hati & perasaan seorang perempuan yang benar-benar mengharapkan kasih & sayang awak.. Tidak semestinya perlu menyediakan hadiah ratusan atau ribuan ringgit untuk menunjukkan kasih sayang tersebut. Sangat memadai walaupun hanya sebiji cupcakes berserta kad ucapan sebagai tanda ingatan. Tentu si Dia gembira tak terkata kan.. :)
Kepada anda berdua..
Berusahalah menjadi yang terbaik antara yang terbaik kepada pasangan. Apa yang penting dalam menjayakan sesuatu hubungan ialah komunikasi dan kepercayaan. Perhubungan akan musnah jika tiada kepercayaan itu..
Jemput datang DIY cupcakes kat Subang Parade nanti yer.. jangan lupa tau date 27/2/11
Tuesday, February 8, 2011
DIY Activities
Valentine Cuppies cupcakes for order.. email me for more details ok :)
Kali ni saya nak selitkan beberapa lagi gambar semasa aktiviti DIY cupcakes di Flea Market, South City Plaza..
