Sunday, January 3, 2010

Yang Perlu Anda Tahu..

Salam Tahun Baru 2010 kepada semua pengunjung laman blog Sweetheartstories.
Semoga tahun 2009 meninggalkan suatu kenangan indah buat anda. Jadikan 2009 sebagai panduan anda untuk menempuh 2010 yang baru saja 3 hari kita lalui.

Ramai yang bertanya dimana lokasi kedai Sweetheartstories? Disini ingin saya nyatakan sekali lagi bahawa saya tidak mempunyai kedai. Saya hanya akan menyediakan cupcakes sekiranya menerima tempahan dari para pelanggan saja. Anda boleh mengambil cupcakes yang ditempah sama ada dtg ke rumah saya di Taman Serai Permai atau bertemu di hadapan Maybank Bagan Serai.

Untuk pengetahuan semua, Sweetheartstories sedia menerima tempahan cupcakes untuk pelbagai majlis antaranya:
:: Cupcakes untuk majlis harijadi
:: Cupcakes hantaran pertunangan atau perkahwinan
:: Cupcakes untuk majlis re-union, perpisahan etc
:: Cupcakes untuk majlis akikah/cukur jambul
:: Cupcakes untuk pelbagai majlis lain yang anda rancangkan

Antara tempahan yg diterima sepanjang 2009

Selain cupcakes, Sweetheartstories menerima tempahan fancy cookies dan sweet icecream cookies. Dan insyallah, kemungkinan besar dlm masa terdekat ini Sweetheartstories akan menerima tempahan kek pula. Sama ada weding cake, birthday cake dan sebagainya. Ini semua masih dlm perancangan.

Disamping menjalankan perniagaan cupcakes, saya juga berkebolehan untuk mengandam dan bersedia menerima tempahan solekan (andaman) sama ada untuk majlis pertunangan, perkahwinan atau solekan simple untuk dinner/majlis koperat pada harga yang berpatutan. Mesti anda tertanya-tanya.. bolehkah saya menyolek pengantin? Anda boleh lihat hasil kerja saya disini kerana saya juga pernah menguruskan perniagaan butik pengantin dahulu.

Contoh solekan pengantin yg pernah dilakukan

Pada tahun 2010 ini saya bercadang ingin memperluaskan lagi perkhidmatan Sweetheartstories. Antaranya:
:: bersedia menerima tempahan cupcakes & cakes
:: menyediakan goodies beg beserta isi kandungannya untuk majlis perkahwinan & sebagainya.
:: Menerima tempahan solekan pengantin
:: Menerima tempahan gubahan hantaran
:: Menerima tempahan simple handmade card(invitation&greeting) & TQ tag

Dan sekarang Sweethearstories menyediakan pakej cupcakes wedding tier+hiasan meja mkn pengantin.

Jika anda berminat untuk menempah sebarang perkhidmatan yang Sweetheartstories tawarkan
atau ingin ajukan sebarang pertanyaan, boleh emel kepada saya cupcakesmuffins@gmail.com atau call/sms saya di 017-3316074

Terima kasih

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...