Monday, September 30, 2013

Eryna Sofea 3rd Birthday Party

Majlis harijadi yang ke tiga tahun Eryna Sofea memang meriah dengan kehadiran tetamu dan clown yang pandai membuat aksi menghiburkan. Tapi..maaf.. tiada gambar clown disini  :p

Majlis berlangsung di Bukit Jelutong, Shah Alam dengan tema warna pink - kuning Princess Disney.






Terima kasih nenek kepada Eryna Sofea sebab telah membungkuskan untuk saya bubur durian semasa hendak pulang  ~yeayyy~

Tempahan dan pertanyaan boleh email ke cupcakesmuffins@gmail.com atau whatsApp di 012-5346131.

Friday, September 27, 2013

Choc Fountain & Dessert Buffet @ Aswan & Aiman 's Wedding

Holaa...

Siapa kata Sweetheartstories hanya menerima tempahan chocolate fountain dan dessert buffet di sekitar KL saja..? Sweetheartstories juga sudi menerima tempahan di luar Kuala Lumpur berdasarkan terms & condition yang ditetapkan. Kalau nak tahu apa T&C tu.. boleh email ke cupcakesmuffins@gmail.com atau whatsApp ke 012-5346131.

Buat masa ini, Sweetheartstories telah pergi ke Gua Musang di Kelantan, Kubu Gajah dan Changkat Jering di Perak, Melaka dan Seremban. Sweetheartstories juga pernah juga diajak ke Serawak untuk menyediakan pakej chocolate fountain untuk majlis perkahwinan, tapi buat masa ini kami hanya dapat memenuhi undangan di sekitar Semenanjung Malaysia saja. Insyallah satu hari nanti mungkin saya akan membuka cawangan di Serawak. Insyaallah dan uolls doa-doakan lah yer...

Ini adalah kali ketiga kami ke Gua Musang untuk menyediakan pakej chocolate fountain dan dessert buffet untuk majlis perkahwinan Aswan & Aiman. Sebelum ini kedua kakak Aswan juga menggunakan khidmat Sweetheartstories. Sesungguhnya kami berasa bangga dan sangat berterima kasih kerana diberi kepercayaan oleh mereka untuk menjadi salah satu vendor perkahwinan untuk ketiga-tiga majlis yang telah diadakan.







~xoxo~

Thursday, September 26, 2013

Majlis Akikah Khansa' Nabilah

Salam..

Saya sedar memang sudah agak lama blog ini dibiarkan tanpa sebarang coretan. Jika ada update pun hanya gambar saja yang dimasukkan tanpa tulisan yang panjang berjela. ~hee~ saya ingat lagi di awal pembabitan saya dalam dunia baking, saya suka menulis sesuatu yang menarik tentang setiap pelanggan saya dalam blog ni. Waktu itu hanya cupcakes saja yang saya pasarkan melalui blog ini. 

Alhamdulilah setelah lima tahun Sweetheartstories beroperasi, kini bukan saja cupcakes bahkan Sweetheartstories juga membuka tempahan untuk rainbow cake, red valvet dan terkini cheese cake :) Selain itu Sweetheartstories menambah lagi perkhidmatan iaitu menawarkan pakej candy buffet dan chocolate fountain. 

Saya sangat bersyukur dengan apa yang saya lalui sekarang. Bermula dengan part time, kini saya mengendalikan Sweetheartstories secara sepenuh masa di rumah. Cuma buat masa ini Sweetheartstories masih belum ada premis rasmi seperti kedai atau showroom. Hanya beroperasi di rumah. Walaubagaimanapun suami yang banyak memberi sokongan dalam perniagaan ini menyediakan satu bilik di rumah diubah menjadi mini baking studio khas untuk saya berkarya dengan cake. Insyaallah...di masa depan mungkin ada baking studio yang lebih besar dan saya menjadi tenaga pengajar untuk baking studio saya sendiri.. :)

 Sebelum mengakhiri coretan hari ini, saya sajikan beberapa keping gambar dekorasi meja pakej chocolate fountain untuk Majlis Akikah Khansa' Nabilah di Shah Alam.

Terima kasih kepada aunty Sarimah kerana sudi memberi peluang kepada Sweetheartstories menjadi salah satu vendor sajian makanan pada hari tersebut.  :)









Untuk tempahan dan pertanyaan, boleh email terus ke cupcakesmuffins@gmail.com atau whatsApp 012-5346131

~xoxo~

Friday, September 20, 2013

Cake dan Cake

Salam semua.. 
Hari ni saya nak update gambar tempahan cake secara pukal. Tempahan dari pertengahan Ogos hingga awal September.









Terima kasih kepada semua..

Sesiapa yang berminat untuk membuat tempahan boleh email ke cupcakesmuffins@gmail.com atau coll terus di 012-5346131
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...