Sunday, March 25, 2012

Giveaway Sweetheartstories

Salam semua..

Sempena menyambut hari lahir saya hari ni.. saya ingin mengadakan giveaway/contest. Ini adalah kali pertama Sweetheartstories mengadakan GA.

Sebelum membaca syarat dan peraturan GA Sweetheartstories, ingin saya mengumumkan hadiah yang bakal dimenangi.. :)

Sweetheartstories akan sponser Pakej Candy Buffet atau Pakej Chocolate Fountain untuk 100 pax di majlis kenduri kahwin atau majlis bertunang atau majlis akikah atau majlis harijadi anda tetapi dengan syarat majlis anda diadakan disekitar Kuala Lumpur dan Lembah Kelang saja dan valid untuk sepanjang tahun 2012 saja. (harap maaf tak dapat nak sponser untuk majlis luar dari KL atau Lembah Kelang buat masa ini)

Terma syarat dan peraturan GA Sweetheartstories:

1. Terbuka untuk semua peserta tetapi dengan syarat majlis anda perlu diadakan di sekitar Lembah Kelang dan KL saja.

2. Kemudian jadi follower blog http://sweetheartstories.blogspot.com dan LIKE fanpage http://www.facebook.com/pages/Sweetheartstories-Cupcakes-Craft/132742146769578

3. Jawab soalan-soalan dibawah:
a) Ceritakan secara ringkas majlis yang akan diadakan dan pakej apa yang anda inginkan untuk memeriahkan majlis anda nanti - sertakan juga lokasi dan konsep/tema majlis anda -
b) Berikan idea/cadangan untuk mempromosikan Sweetheartstories.

4. Tulis jawapan anda di ruangan komen di entry GA Sweetheartstories saja. Saya hanya akan baca jawapan anda di komen entry ini dan di entry fanpage saja.

5. GA ini akan terbatal sekiranya kurang dari 10 penyertaan.

6. Tarikh tutup penyertaan ialah pada 15 April 2012, 12 tgh malam.

Friday, March 23, 2012

Chocolate Fountain

Ini salah satu contoh servis Pakej Chocolate Fountain. Gambar diambil semasa majlis perkahwinan di rumah saya :)




Sesiapa yang berminat untuk mengetahui sebut harga Pakej Chocolate Fountain, boleh menghantar emel kepada cupcakesmuffins@gmail.com

Thursday, March 22, 2012

Tiga Bulan Berlalu

Wowww....
Lamanya saya tak update blog ni kan, lebih tiga bulan saya tak update cerita terbaru tentang cupcakes dan fancy cookies.

Untuk pengetahuan semua saya masih lagi menerima tempahan cupcakes untuk birthday party, hantaran dan sebagainya.. cuma tiga bulan kebelakangan ini tempahan yang saya terima agak kurang kerana saya terlalu sibuk dengan pekerjaan harian serta sibuk menguruskan majlis perkahwinan saya yang baru selesai pada 17 March 2012.

Saya mohon maaf kerana saya perlu menolak beberapa tempahan dan kelewatan membalas emel anda semua disebabkan oleh kekangan masa. Selepas ini, insyallah saya akan cuba membalas setiap emel yang bertanyakan tentang sebutharga secepat mungkin. Dan juga insyallah selepas 15 April 2012 saya akan menerima tempahan cupcakes untuk majlis hari jadi, cupcakes untuk doorgift dan sebagainya seperti biasa.

Bermula tahun ini, saya mengembangkan lagi sayap perniagaan Sweetheartstories dengan menyediakan perkhidmatan Pakej Candy Buffet dan Pakej Chocolate Fountain untuk majlis anda seperti majlis harijadi, majlis perkahwinan, majlis corporat dan segala jenis majlis. Insyallah saya akan berikan yang terbaik untuk anda.

Sekali lagi saya ingatkan, Sweetheartstories sudah tidak beroperasi di Seri Kembangan/Taman Equine kerana sekarang saya telah berpindah ke Puncak Perdana, Shah Alam. Dan buat masa ini perkhidmatan untuk penghantaran tidak dibuat disebabkan faktor masa yang tidak mencukupi untuk saya. Jika anda ingin membuat tempahan, bolehlah pick-up tempahan anda disekitar Puncak Perdana atau Giant Seksyen 13.

Tahun ini juga saya merancang untuk mengadakan party cupcakes. Aktiviti ini saya rancangkan sejak dari tahun lepas. Tapi disebabkan beberapa faktor yang menghalang jadi saya tidak dapat merealisasikan party cupcakes tersebut. Insyallah tahun ini saya cuba merealisasikan party tersebut.

Harap anda semua dan peminat cupcakes sentiasa memberi sokongan yang penuh kepada Sweetheartstories. Jika anda ada sebarang pertanyaan dan tempahan cupcakes, pakej candy buffet dan pakej chocolate fountain, jangan segan emel kepada saya cupcakesmuffins@gmail.com

Terima kasih :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...