Sunday, April 17, 2011

Mothers Day

Salam semua.. Hari Ibu dah semakin hampir :) Ada sesiapa nak bawa ibu pergi 'dinner' tak nanti? Atau pergi 'shopping' kat Vincci ke.. Ataupun nak belanja ibu makan cupcakes? Istimewa Cupcakes untuk Hari Ibu.. Khas untuk Hari Ibu, Sweetheartstories akan menyediakan 'Fruity Cupcakes'. Apa itu Fruity Cupcakes? :: Cupcakes dengan buttercream topping. :: Dihiasi dengan buah-buahan seperti Strawberry, kiwi, chery, pisang, anggur.. :: 1 set = 25 pcs cuppies dilengkapi dengan tulisan fondant - Happy Mother Day atau Selamat hari Ibu :: Cupcakes berperisa choc, strawberry atau orange. Dapatkannya pada harga RM60 sahaja... Tempahan dibuka sekarang... Anda boleh tengok idea seperti gambar di bawah...

Sumber gambar : Google.


Tempahan dan pertanyaan emelkan kepada cupcakesmuffins@gmail.com atau sweetheartstories@gmail.com


Terima kasih

Saturday, April 16, 2011

Tempahan Dari Zarina

Tempahan pertama dari Zarina.. ~Flower Theme~ Tempahan kedua dari zarina juga ~ Cartoon style~

Note: Tapi kata Zarina dia lebih suka yang ~flower Design~


oklah.. next order saya buatkan bunga yang lagi cantik yer.. :) Neway, thanks for your order..

Wednesday, April 13, 2011

Catatan untuk Anda..

Pertama sekali saya ingin mengingatkan kepada semua yang bakal membuat tempahan cupcakes dengan Sweetheartstories.. Harap anda semua berfikir semasak-masaknya sebelum membuat tempahan.. kerana saya tidak suka pembatalan di saat akhir.


Saya cuba memenuhi segala 'request' customer berdasarkan kemampuan saya. Walaupun permintaan itu kadangkala memerlukan saya ke sana-sini untuk mendapatkan segala barang yang di'request'.


Bukan saya marah pembatalan di saat akhir. Saya faham, mungkin waktu itu anda ada masalah yang tidak dapat dielakkan. Walaubagaimanapun jika ingin membuat pembatalan, TOLONGLAH beritahu awal sikit. Dua hari sebelum tarikh yang sepatutnya anda pick-up tempahan tersebut. Jangan berdiam diri saja.. Itu sebab saya galakkan anda membuat tempahan awal. Bila saya sudah siapkan cupcakes yang ditempah, kemudian saya menunggu kedatangan 'si dia' untuk mengambil tempahan.. tapi sampai ke malam orang yang membuat tempahan tu tak sampai juga. At least tolonglah telefon dan bagi tahu..


"Maaf yer.. saya nak batalkan order laa sbb ada problem skit"


Mudah saja kan?? Jangan laa berdiam diri. Bila saya menghubungi orang yang membuat tempahan tu.. 'dia' pun tak menjawab panggilan saya. Jadi macam mana cupcakes yang sudah saya siapkan untuk dia? 'Request' 'si dia' asingkan 25 pcs cuppies tu kepada dua kotak dan ingin sertakan dengan lilin. OK.. saya dah sediakan.. so?????


Seterusnya, tempahan fancy cookies yang tak jadi. 'Si dia' beria-ria membuat tempahan fancy cookies untuk design kasut dan handbeg. Memang 'si dia' membuat tempahan awal. Dan memandangkan saya tiada acuan bentuk kasut dan handbeg, saya berusaha mencari dan menempah untuk acuan tersebut. Tempahan harga acuan itu bukan murah yer..bukan RM2 - RM3 yer.. tapi lebih dari Rm10. Saya dah siapkan separuh fancy cookies tersebut. Mujur saya SMS beliau bertanyakan pukul berapa beliau nak datang untuk mengambil tempahannya.. Tiba-tiba 'reply SMS' dari beliau..


"Dear.. I cancel laa order tu.. kan ari tu I dah cakap"


Untuk pengetahuan, saya membuat catatan untuk setiap tempahan. Kalau beliau membuat pembatalan, saya akan tulis cancel pada order beliau... Tapi........ Kemudian beliau ingin menyewa '3 tier cupcakes tray'. Saya meminta beliau datang ambil sendiri sebab saya tiada kesempatan untuk membuat penghantaran di Subang Jaya. Kalau saya membuat penghantaran, saya akan kenakan 'charge' penghantaran pula. Selepas dua bulan, beliau masih tidak memulangkan tray tersebut.. Hairannya.. apa yang dah dia buat dengan tray tu? Bukan saya dapat secara percuma ya tray tu.. saya pun beli juga. Tapi sekurang-kurangnya pulangkan lah semula barang yang dipinjam.


Sebelum ini, bukan tiada customer yang membuat pembatalan tempahan. Memang ada.. tapi sekurang-kurangnya mereka ada bagi tahu untuk membuat pembatalan. Saya tak marah pun. Tapi kali ni saya memang sangat marah sebab tak diberitahu pun tentang pembatalan tersebut. Oleh itu, saya mengambil keputusan untuk membuat syarat-syarat ketat seperti berikut:


:: Tempahan untuk 1 atau 2 set cuppies (25-50biji) perlu dibuat 5 hari sebelum tarikh pick-up. :: Tempahan yang melebihi 100 biji perlu dibuat 10 hari sebelum tarikh pick-up. (lagi awal lagi bagus)

:: Setelah mendapat 'reply' dan saya bersetuju menerima order tersebut, anda perlu membuat bayaran deposit sebanyak 50% dari jumlah harga sebenar. Selebihnya anda boleh bayar semasa pick-up date.

:: Saya tidak akan proses order anda sekiranya deposit belum diterima.

:: Saya akan memulangkan deposit tersebut sepenuhnya jika pembatalan dilakukan awal. Jika pembatalan dilakukan lewat dan semasa pembatalan dibuat saya sedang menyiapkan cupcakes anda.. harap maaf.. saya tidak akan memulangkan deposit atau pemulangan deposit akan dibuat separuh RM saja.. Ini bergantung kepada budi bicara saya..


Untuk kali ini, saya perlu bertegas dalam pembayaran deposit. Saya mohon maaf sekiranya orang-orang yang berkenaan membaca penulisan saya ini. Saya seorang yang boleh bertoleransi tapi kalau hal seperti ini anda lakukan kepada saya.. akan keluarlah penulisan seperti ini.


Kepada sesiapa yang ingin membuat tempahan dan pertanyaan, emel kepada cupcakesmuffins@gmail.com atau sweetheartstories@gmail.com Terima kasih

Monday, April 11, 2011

SweetheartStories @ Segi Collage Open day

Baru-baru ni Sweetheartstories ada joint bokak booth di Segi Collage Open Day. Ini bukan perancangan awal sebenarnya. 'Last minute' saya diajak oleh pihak EcoFirst Products untuk sama-sama berkongsi booth pada hari tersebut. So tak sempat nak war-warkan aktiviti ini di blog dan facebook. Walaubagaimanapun 'crowd' untuk program tersebut tidak begitu ramai. Tak tahulah kenapa kenapa kurang mendapat sambutan.
Disebabkan perancangan dan 'last minute invitation' saya cuma menyediakan 60 biji cupcakes saja..


Saya display cupcakes atas pinggan kemudian letak gelas berkaki untuk jadikan display pinggan tu dua tingkat. Memandangkan saya punya cupcake tray tidak dipulangkan oleh seseorang.. [nanti sy cerita di entry berikutnya..]


Aktiviti DIY tetap dijalankan.. dan alhamdulilah, walaupun kehadiran pada 'event' tersebut tidak begitu ramai, sambutan kepada DIY cupcakes tetap ada..


Saya cuma print saja 'my contact infor'.. tak sempat nak print name card :)





Walau apapun terima kasih kepada semua yang singgah di booth Sweetheartstories dan juga pihak EcoFirst Products yang memberi peluang untuk sama-sama berkongsi booth.. :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...