Sunday, October 31, 2010

Follower & Pengunjung Sweetheartstories?

:: Siapa akan jadi Follower Sweetheartstories yang ke 50?

:: Siapa akan jadi pengunjung blog Sweetheartstories yang ke 10, 000?

Jika anda salah seorang dari mereka yang saya sebutkan diatas, silalah print screen dan emel kepada cupcakesmuffins@gmail.com atau sweetheartstories@gmail.com

Thanks & good luck :)

Saturday, October 30, 2010

Hantaran & Birthday Cuppies This Week :)

Saya siapkan 2 tempahan Khamis lepas sebab kedua-duanya akan 'deliver' pada hari Jumaat. 1 set cuppies waktu pagi and another set waktu malam.

Set pertama
Temapahn dari Nisa, one of my goof rens. Dia dah tempah dari tiga minggu lepas untuk hantaran majlis tunang sepupunya. Theme is pink-apple green.



Selamat bertunang untuk Linda & Nazri. Dan thanks to Nisa for your order. Ini tempahan kedua dari Nisa. Dulu dia tempah untuk majlis kahwin adiknya...


Set Kedua
Tempahan dari Surianim for her beloved adik yang study kat UPM. Suria ni agak lucky sebab dia buat tempahan last minutes dan nasib baik saya terima tempahan beliau sebab kebetulan saya akan buat untuk tempahan Nisa juga, which means sekali gus baking and designed.




Saya buat delivery terus ke rumah sewa adik Suria. Sampai kat rumah memang adik Suria ni ada celebrate birthday dia dgn another kek. Then, dia pun bagi kat saya juga sepotong kek chocolate tu. Hehe.. thanks so much.


Extra Cuppies
Ada 7 pcs lebihan cuppies. So saya design ala-ala garden theme. Nak hadiahkan untuk anak salah seorang anak my good friend jugak. Hopefully dia suka :)

Jika anda berminat membuat tempahan atau ada sebarang pertanyaan, emel kepada cupcakesmuffins@gmail.com atau sweetheartstories@gmail.com

Thanks

Sunday, October 24, 2010

Tempahan Awal October

Salam,

Tak sabar saya nak update gambar-gambar dari tempahan sepanjang dua minggu yang lalu:

Tempahan dari Tauffieq.



Tempahan dari Raihanah - Student UPM


Tempahan dari Nurul. (pic ni blur. sorry)


Tempahan dari Zairanita



Yang 3 pic diatas ni adalah 3 set tempahan dari sekawan student UPM. Untuk majlis convocation rakan masing-masing :)
Terima kasih kepada mereka yang membuat tempahan.
Sebarang tempahan dan pertanyaan, emelkan kepada cupcakesmuffins@gmail.com atau sweetheartstories@gmail.com

Saturday, October 2, 2010

Blog ini.. Perniagaan Ini..


Saya memulakan perniagaan tempahan cupcakes melalui online sekitar November 2008 dan memberi nama perniagaan online saya ini sweetheartstories. Sekarang saya masih lagi menjalankan perniagaan ini secara online dan kini telah menambah beberapa produk lain seperti choc cornflake dan handmade paper -mini box.

Tempahan untuk choc cornflake diterima sepanjang tahun. Harga RM25 untuk 50 pcs. (ikut pada balang, mungkin akan lebih 3 or 4 pcs)



Tempahan untuk mini box juga diterima sepanjang tahun. Contoh design mini box telah saya publish pada entry yang lepas.


Bagaimana saya mendapat nama Sweetheartstories? Pada mulanya susah juga nak mencari nama yang sesuai untuk perniagaan tempahan cupcakes online ini. Banyak juga nama yang dicari contohnya Narita Cupcakes, Narita Bakery, Sweetheart cupcakes tapi semuanya saya rasa tidak sesuai. Satu hari saya melalui depan kedai bread-story (kalau tak silap laa, itu kedai roti). Tiba-tiba saya mendapat idea nak letakkan nama perniagaan online saya ini sweetheartstories.


Pada saya definasi untuk sweetheartstories ini ialah 'pelbagai cerita manis kekasih hati'. Saya pun tak tahu kenapa saya definasikan ia macam itu.. Mungkin saya mahu buat cupcakes ini kepada mereka yang ingin hadiahkan cupcakes kepada kekasih mereka sebagai lambang cinta... :)


Mungkin juga.. sebab pada valentine 2009, saya banyak menerima tempahan dari mereka yang mahu hadiahkan cupcakes kepada pasangan masing-masing. Valentine 2010 juga saya meneruskan tradisi cupcakes cinta. Saya cipta satu pakej khas - cupcakes comel yang diletakkan dalam box transparent berbentuk hati.



Insyaallah, tahun 2011 saya ingin meneruskan tradisi cupcakes valentine lagi. Mungkin pakej yang lebih menarik.

Jadi anda semua teruslah menyokong Sweetheartstories. Walaupun tidak membuat tempahan cupcakes, sekurang-kurangnya jadilah pembaca blog setia Sweetheartstories.

Terima kasih.

Friday, October 1, 2010

Mini box Lagi..

Banyak lagi design mini box yang terbaru..

RM1.50 per box

RM2.00 per box

RM2.00 per box

RM1.50 per box

RM1.50 per box

Sekiranya ada sebarang pertanyaan, sila emel kepada cupcakesmuffins@gmail.com atau sweetheartstories@gmail.com. Anda juga boleh menghubungi 012-5346131.
Jika anda berminat untuk membuat tempahan mini box, anda boleh emelkan perkara-perkara yang anda inginkan seperti:
:: Tema warna & design mini box yang diinginkan
:: Untuk majlis apa?
:: Kuantiti yang diperlukan
:: Tarikh perlu disiapkan
:: Atau apa-apa saja special request
Segala perbincangan boleh dijalankan melaui emel, sms or phone call. Jika anda telah bersetuju untuk membuat tempahan, deposit sebanyak 50% diperlukan. Buat masa ini saya tidak dapat memenuhi sebarang permintaan untuk berjumpa jika anda ingin melihat sampel mini box tersebut. Semua sampel mini box atau apa-apa saja produk Sweetheartstories anda boleh lihat melalui blog http://sweetheartstories.blogspot.com
Harap maklum dan terima kasih.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...