Tuesday, March 31, 2009

Siapa Pengunjung ke 5000?

Siapa yang akan menjadi pengunjung ke 005000 ?

Di sebelah kanan blog ni ada column my visitor, Jika anda pengunjung yang ke 5000, print screen dan emelkan kepada cupcakesmuffins@gmail.com



sila letak title 'kuiz'

Hadiahnya.. seperti gambar dibawah:
:: sapu tangan dan cover hanfon

Tapi bukan setakat ini sahaja, ada juga hadiah misteri menanti pengunjung yg ke 5000
GOOD LUCK

Monday, March 30, 2009

Corat-coret

Saya perlu menyiapkan tiga lagi tempahan cupcakes pelanggan sebelum saya menamatkan perniagaan ini..

Ada yang bertanya, kenapa saya nak berhenti buat cupcakes?
Jawapannya sangat simple...

Pertamanya.. saya bekerja makan gaji, disamping itu saya juga menjalankan perniagaan perkahwinan. Kemudian saya menceburi pula perniagaan cupcakes. Jadi saya perlu memberi tumpuan kepada salah satu perniagaan yang paling saya minati.. iaitu perniagaan perkahwinan.
Memang menjadi impian suatu hari nanti, saya ingin membuka sebuah butik pengantin dan menjadi seorang 'wedding planner' yg berjaya seperti Pak Abu, Nas Great Idea dan ramai lagi..

Keduanya.. Bukan saya tidak sukakan perniagaan cupcakes, saya suka men'deco'. Cuma, pada pendapat saya untuk menjadi pen'deco' kek yang berjaya memerlukan sepenuh tumpuan. Saya sayangkan perniagaan cupcakes yang saya jalankan hampir enam bulan ini. Cuma saya tidak dapat memberi tumpuan terhadap dua cabang perniagaan yang berbeza ini.

Kepada pengunjung blog ini, teruskan kunjungan anda ke sini... kerana saya sentiasa akan menulis sesuatu di sini walaupun bukan tentang cupcakes lagi...

I love dis blog.. many thanks kepada anda yang sentiasa berkunjung ke blog ini....

Sunday, March 29, 2009

Tempahan dari Zaidah

Zaidah membuat tempahan 100 pcs mini cuppies untuk majllis harijadi anaknya juga..

Tema yg Zaidah 'requist' tak jauh bezanya dengan tema Nurul Azwar..


Ada almo, face carector, rama-rama, matahari dan 'waffel flower'



Terima kasih Zaidah di atas tempahan anda...

Saturday, March 28, 2009

Tempahan Nurul Azwar

Nurul Azwar... menempah 150 pcs mini cuppies for her doughter's besday party.


Tema pilihan.. "tak kisah lah.. janji colorful dan cartoon design.
Saya pun tak begitu susah membuat design kali nie, sbb cuppies utk besday gurl mmg selalu dibuat.


150 pcs cuppies itu, dipacking kan dalam dua kotak..

So, inilah hasil design-design....


Many thanks Nurul for de' order..

Friday, March 27, 2009

Order from Chinese Gurl

Sorry, saya tak ingat nama orang yang order dis cuppies.

But she is chinese. Order becoz she want to celebrate her boyfrens besday.



Dan sekali lagi saya telah membuat penghantaran ke Seksyen 18, Shah Alam.

Tapi, ini bukan surprise delivery. Saya hantarkan sendiri kepada dats gurl. Tapi boyfrens dia pun ada bersama waktu itu..

Thanks yaa.. for the order..


Wednesday, March 25, 2009

Cupcakes dari Myla..

Tempahan dari Myla khas untuk buah hatinya yang sedang study di Kolej Cyberjaya


Inilah kali pertama penghantaran cupcakes yang paling jauh pernah dihantar. Di Cyberjaya untuk buah hatinya sempena 'anniversary' mereka pada 15 Mac lalu..

Myla pula tinggal di Kuching..

Terkejut juga kawan si Myla ni bila melihat saya membawa cupcakes tu..


Anyway.. terima kasih atas tempahan anda..

Saturday, March 21, 2009

Tempahan Telah Ditutup

Untuk makluman semua, Sweetheartstories tidak akan menerima tempahan cupcakes lagi selepas 23 April 2009.

Saya ingin memberi sepenuh tumpuan kepada perniagaan industri perkahwinan yang telah saya jalankan hampir dua tahun ini. tempahan cupcakes hanya akan diterima jika para pelanggan menempah bersama pakej perkahwinan kami.

Saya amat gembira sepanjang saya menjalankan perniaggan cupcakes secara online ini. Pernah satu ketika, saya berangan untuk membuka sebuah kafe cupcakes. Tapi atas nasihat keluarga dan kenalan rapat, saya perlu memilih satu saja antara dua perkara yang saya cintai ini, iaitu antara perniagaan cupcakes atau perniagaan industri perkahwinan.

Setelah memikirkan semasak-masaknya, saya perlu meneruskan impian saya dalam perniagaan industri perkahwinan ini. Masa saya tidak mencukupi untuk mengedalikan dua perniagaan ini dalam satu masa.

Saya memohon ribuan maaf kepada semua pelanggan yang ingin membuat tempahan cupcakes selepas tarikh tersebut. Namun begitu, saya masih menerima tempahan cupcakes sehingga 23 April 2009.

Pelanggan yang saya senaraikan dibawah, jgn risau kerana tempahan anda telah dimasukkan dalam senarai tempahan kami..

:: Nama :: Tarikh Pick Up :: kuantiti :: pick-up point
:: Nurul Azwar :: 28/3/09 :: 150pcs mini cuppies :: Petronas Mutiara
:: Farah :: 3/4/09 :: 150pcs medium size with single packing :: Petronas Mutiara
:: Chew :: 24/3/09 :: 49 pcs mini cuppies :: Delivery to Shah Alam DONE
:: Hasnor :: 5/4/09 ::100pcs mini cuppies :: Petronas Mutiara
:: Zaidah :: 29/3/09 :: 100 pcs mini cuppies :: Petronas Mutiara
:: Amy :: 10/4/09 :: 100 pcs mini cuppies :: Lobi Luxor

Jutaan terima kasih kepada semua pelanggan yang pernah membuat tempahan cupcakes dari Sweetheartstories...

Jika anda ingin mengetahui infor terkini berkenaan perniagaan industri perkahwinan yang saya jalankan, anda dijemput melayari http://andamannarr.blogspot.com/

Tuesday, March 10, 2009

Wedding Decor Kami...

Hasil kerja wedding decor kami...

Pelamin tunang & hiasan pertunangan

Koleksi pakaian sanding french lace & pelamin

Koleksi songket bunga tabur & mekap bersanding


Gaun


Pelamin 4 tiang

Pelamin frame biasa

Arch


4 tier wedding cupcakes


Sebarang pertanyaan berkenaan pakej perkahwinan, emelkan kepada naritahanimsbridal@gmail.com atau hubungi saya terus di talian 017-3316074

Monday, March 9, 2009

Sweetheartstories-Wedding Package & Decor

Saya ingin memperkenalkan servis terbaru di bawah jenama 'Sweetheartstories - Wedding Package & Decor'

Wedding Package & Decor ini merangkumi sewaan baju bersanding/bertunang, pelamin bersanding/bertunang, tatarias dan cupcakes perkahwinan.

Pakej Pertunangan

Pakaj Tunang @ RM1000
- Sehelai pakaian bertunang lace (Pshj)
- Make-up 1x
- Aksesori
- Pelamin tunang
-Arch
- 50 pcs cupcakes single packing (for pihak lelaki)
- 1 set cupcakes for hantaran (16 pcs large size or 25pcs medium size)


Pakej Perkahwinan

Pakej Pearl@RM2300
- Sepasang lace/songket untuk bersanding (tempah khas)
- Sepasang lace/songket untuk majlis bertandang/mlm berinai (baju sedia ada)
- Kot & gaun
- Make-up 2x- Pelamin rumah (dewan +RM100)
- Arch- 3 tier wedding cake / cupcakes + table decor

Pakej Saphire@2500
- Sepasang French lace/songket bunga tabur untuk persandingan (tempah khas)
- Make up bersanding 1x
- Pelamin rumah (dewan +RM100)
- Arch
- Walk way decoration (6 flower stand with flower and red carpet)
- 3 tier wedding cake/cupcakes + table deco (cupcakes design by Sweetheartstories)
- 200 pcs cupcakes single packing (for VIP)

Pakej Emarald@RM4400
- Sepasang lace/songket untuk bersanding (tempah khas)
- Sepasang lace/songket untuk majlis bertandang/mlm berinai (baju sedia ada)
- Sepasang pakaian nikah- Kot & gaun- Make-up 2x
- Pelamin bersanding di dewan
- Pelamin nikah di rumah (ada bantal nikah. Kerusi sampan +100)
- Hiasan meja makan beradap di dewan
- Hiasan bilik tidur di rumah
- Arch- Walk way decoration di dewan (6 flower stand with flower and red carpet)
- 3 tier wedding cake / cupcakes + table deco di dewan
- 200 pcs cupcakes single packing (for VIP)

:: tambahan RM200 untuk cupcakes single packing design fondant
:: tambahan RM300 untuk panel kiri dan kanan pelamin

Sebarang pertanyaan/tempahan pakej/temujanji untuk perbincangan lanjut emelkan kepada naritahanimsbridal@gmail.com atau hubungi saya 017-3316074

nota: gambar akan dimasukkan kemudian

Thursday, March 5, 2009

No 1 with Lady Bird

Mimie menempah 75 pcs cuppies untuk menyambut ulangtahun kelahiran pertama anaknya

Mimie mahukan lady bird dan no 1 diletakkan atas cuppies yg berwarna hijau.



Terima kasih di atas order anda..
Kepada pelanggan yang ingin membuat tempahan, bolehlah call/SMS saya di no 017-3316074 atau emelkan tempahan/pertanyaan anda ke cupcakesmuffins@gmail.com

Bie From UPM

Bie menempah 2 set cuppies M size dan 1 set cuppies L size..


L size


Set pertama (M size)


Set 2 ( M size)

Terima kasih di atas tempahan anda..


Tempahan Hujung February

Tempahan di penghujung bulan February


Didi
Tempahan dari Didi yg berada di UITM Kangar untuk harijadi ibunya.



Didi juga membuat tempahan 49 pcs mini cuppies untuk harijadi rakannya..



Fiza
Tempahan Dari Fiza, untuk makan-makan bersama keluarga..




Firza
Firza membuat tempahan nie untuk rakan-rakan office sempena hari terakhir bekerja



Terima kasih kepada semua pelanggan-pelanggan yg menempah.
Jika anda ingin memberi komen membina untuk meningkatkan taraf produk Sweetheartstories, sila emelkan kepada cupcakesmuffins@gmail.com
Komen anda amat dihargai. Terima kasih.

Wednesday, March 4, 2009

Surprise for Siti Nur Rahmah

Dari Fauzan untuk Siti Nur Rahmah.

Kata Fauzan, dia nak buat surprise untuk Rahmah sempena 'birthday' Rahmah pada 19 Feb 09.

Jadi saya telah membuat 'surprise delivery' untuk Rahmah terus ke pejabatnya di Pusat Bandar Damansara.



Ada 2 set Love shape box untuk Siti Rahmah.
Disertakan juga handmade greeting card.
Kata Rahmah, dia memang terkejut dan suspen bila receptionist intercom dan memberitahunya bahawa ada someone nak berjumpa dgnnya...
Terima kasih Fauzan.

Tuesday, March 3, 2009

Sekilas Catatan..

Disebabkan kesibukan yang melanda sepanjang minggu lepas, saya tidak sempat membalas emel dan pertanyaan2 anda. Saya akan cuba membalas emel anda secara berperingkat.

Gambar2 akan cuba dipaparkan secepat mungkin.

Untuk maklumat semua, Sweetheartstories akan memperkenalkan pakej perkahwinan dan berkemungkinan juga akan ada perubahan harga dan set cupcakes. Walaupun berlaku perubahan, kami berjanji akan memberikan harga terbaik untuk semua pelanggan2 kami.

Sebarang tempahan cupcakes, sila emelkan tempahan anda ke cupcakesmuffins@gmail.com atau SMS/call terus ke 017-3316074

Terima kasih
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...