Friday, December 26, 2008

Yellow Green Cuppies in Single Packing

Suhaily is my regular customer from Flora Damansara. Sangat dekat saja dgn lokasi home based bisnes Sweetheartstories.

Tempahan kali ke tiga dari Suhaily. Mahukan 50 pcs cuppies berperisa chocolate in single packing. Katanya cuppies ini untuk majlis pertunangan adiknya. Cuppies bertemakan warna kuning & hijau.


Sebenarnya Suhaili mahukan design seperti yang pernah saya buatkan untuk Ila. Tetapi gumpaste bunga rose kuning tiada stok di kedai. Saya cuba untuk membuat sendiri bunga rose tersebut. Tetapi kelopaknya tidak menjadi. Sedih betul rasanya.. Akhirnya saya hanya menggunakan buttercream saja untuk menggantikan bunga rose.



Hal ini saya khabarkan pada Suhaily. Alhamdulilah Suhaily boleh menerimanya dan katanya..

".. tak pe janji mesti cantik" Emm.. lagi lah hati saya risau. Takut tak dapat menghasilkan yang terbaik untuk Suhaily.


Dan inilah hasilnya. Harap Suhaily berpuas hati.
Jika anda ingin membuat tempahan cupcakes untuk sebarang majlis, emelkan tempahan anda ke cupcakesmuffins@gmail.com atau hubungi saya terus di 017.3316074

Thursday, December 25, 2008

Ima & Choc Cuppies

Berperisa chocolate dan topping nya pun cokelat. Kali ini ad-hoc order dari Ima. Ima nie pelanggan saya yang pernah menempah pakej perkahwinan dari butik pengantin saya -Butik Pengantin Narr-

Majlis perkahwinan Ima & Ady pd 6/12/08 - Dress & Make-up dari Butik Pengantin Narr


Untuk pengetahuan semua, selain menerima tempahan cupcakes, saya juga menyediakan perkhidmatan pakej perkahwinan iaitu dari make-up, pakaian sanding dan pelamin...

Ok.. berbalik semula tentang tempahan cuppies, Ima menempah cupcakes berperisa cokelat dan disaluti atasnya cokelat juga. Khas untuk makan2 bersama suami dan anak buah...


Tahun 2008 akan berakhir tidak lama lagi. Sweetheartstories merancang menyediakan tier wedding cupcakes, doorgift cupcakes, hiasan pelamin, pakaian sanding dan make-up di dalam satu pakej dengan harga yang berpatutan. Nantikan pengumumannya tidak lama lagi..

Tempahan cupcakes masih diterima seperti biasa untuk pelbagai majlis. Emelkan tempahan anda ke cupcakesmuffins@gmail.com atau hubungi saya terus di 017.3316074

Wednesday, December 24, 2008

Sekilas Infor

Merry X'mas.. kepada mereka yang menyambutnya..

Kali ini saya ingin menarik perhatian anda semua berkenaan proses tempahan cupcakes Sweetheartstories.

Sebelum ini pihak Sweetheartstories membenarkan para pelanggan kami membuat bayaran cupcakes semasa hari mengambil tempahan mereka.. (cash on delivery). Kecuali jika mereka menempah dengan kuantiti yang banyak, selalunya pihak Sweetheartstories meminta mereka membayar deposit sebanyak 40% dari jumlah harga tempahan dan selebihnya boleh dibayar semasa hari menerima tempahan..

Setelah difikir semula dan beberapa kali pihak Sweetheartstories mengalami perkara yang sama, dengan ini saya ingin memberitahu bahawa semua pembayaran untuk tempahan cupcakes perlulah dijelaskan 3 hari sebelum tarikh mengambil tempahan. Sama ada anda boleh membayar melalui maybank2u atau boleh berjumpa dengan saya di lokasi pick up point iaitu di Stesen Petronas Mutiara Damansara. Atau dimana2 saja sekitar kawasan Kota Damansara.

Pihak Sweetheartstories perlu bertegas mengenai pembayaran kali ini kerana:
  • Sweetheartstories beberapa kali menerima tempahan tetapi satu atau dua hari sebelum tarikh pick-up, mereka membatalkan tempahan.
  • Tidak mengambil tempahan yang dibuat pada tarikh yang telah dijanjikan.
  • Sweetheartstories telah membuat 'preparation' jika mereka ada special request, dan apabila kelengkapan semua telah dibeli akhirnya membatalkan tempahan, pihak sweetheartstories akan mengalami sedikit kerugian.

Harap para pelanggan memahami situasi kami, dan rasanya bukanlah Sweetheartstories saja yang meletakkan syarat pembayaran seperti ini, ada juga beberapa pengusaha cupcakes yang lain diluar sana meletakkan syarat seperti ini adalah bertujuan untuk mengelakkan masalah seperti yang telah dinyatakan di atas terjadi.

Sweetheartstories ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pelanggan2 yang telah menempah cupcakes dalam tempoh tiga bulan Sweethearstories beroperasi. Segala kekurangan akan ditingkatkan dari semasa ke semasa.

Jika anda ingin membuat tempahan cupcakes untuk sebarang acara, emelkan detail tempahan anda ke cupcakesmuffins@gmail.com atau hubungi saya terus di 017.3316074

Thursday, December 18, 2008

Ungu - Cinta Dalam Hati

Sesiapa yang selalu berkunjung ke blog ini, pasti tahu kisah antara Arish dan Mie kan.. Untuk pengetahuan semua, Arish sudah pun baca luahan hati Mie dalam blogs nie. Dan ini balasan dari Arish..

Mungkin ini memang jalan takdirku,
Mengagumi tanpa dicintai,
Tak mengapa bagiku,
Asal kau pun bahagia dalam hidupmu.. dalam hidupmu..

Telah lama kupendam perasaan itu,
Menunggu hatimu menyambut diriku,
Tak mengapa bagiku,
Mencintaimu pun adalah bahagia untukku.. bahagia untukku..

Ku ingin kau tahu diriku di sini menanti dirimu,
Meski ku tunggu hingga hujung waktuku,
Dan berharap rasa ini kan abadi untuk selamanya...

Dan izinkan aku memeluk dirimu kali ini saja,
Tuk ucapkan selamat tinggal untuk selamanya,
Dan biarkan rasa ini bahagia untuk sekejap saja...


Anda akan dengar lagu nie selepas lagu 'Ayat-ayat Cinta' dalam blogs http://sweetheartstories.blogspot.com/

Wednesday, December 17, 2008

Order by Cindy

Cindy order dari Sweetheartstories 100 pcs mini cuppies. Tapi ada request dari Cindy..

100 pcs cuppies tu dibahagikan kepada tiga bahagian.

Bahagian Pertama:

30 pcs dituliskan 'Welcome back Keer!' Tapi tak sure pulak siapa Keer nie..


Bahagian Kedua

I think for her doughter.. 'Happy B'day Jean!'

Bahagian Ketiga
Apa-apa saja design.. asalkan cute.... so inilah hasilnya. Hopefully Cindy berpuas hati.

Cindy ada emelkan kepada Sweetheartstories pic design yang dia mahukan untuk bahagian 1 dan 2 tu.. tapi saya tak pasti dari mana pic tu diambil.. so saya pun tak boleh lah nak bagi tahu siapa original designer nyee..
Jika anda ingin membuat tempahan cupcakes untuk sebarang majlis, hubungi saya di 017-3316074 atau emelkan tempahan anda secara detail ke cupcakesmuffins@gmail.com

Tuesday, December 16, 2008

Cuppies for Luxorian

Kali nie Sweetheartstories menyiapkan 50 pcs cuppies dan 50 pcs muffins for Luxor's Staff Training.


25 pcs cuppies disediakan pada hari pertama training.. Simple decoration dan hanya ada tulisan Luxor saja..

Tapi disebabkan ada permintaan, mereka mahu ditulis nama masing-masing atas setiap cuppies.. Jadi pada hari kedua, Sweetheartstories menulis nama masing2 atas cuppies tersebut..

Gambar muffins lupa pulak nak ambil...




Monday, December 15, 2008

Cuppies in Purple Theme

Ila sekali lagi menempah 30 pcs cuppies large size. Dia mahukan tema warna purple untuk dihadiahkan kepada rakan2 pejabatnya..

Ila pesan " buat cantik2 yer.."

Dan inilah hasilnya...


Saya sendiri pun sangat berpuas hati dengan hasil kali ini..


Di kiri dan kanan bunga terdapat rama-rama berwarna kuning..
Hasilnya disimpan dalam transparent container. (Single packing)

Design seperti ini sesuai dijadikan sebagai hantaran perkahwinan atau sebagai hadiah untuk VVIP dalam sesuatu majlis...
Jika anda ingin menempah cupcakes untuk sebarang acara, emelken tempahan anda kepada cupcakesmuffins@gmail.com atau hubungi saya terus di 017-3316074



Sunday, December 14, 2008

Cuppies for Door Gift

Sweetheart menerima tempahan 'separa mega'.. 500 pcs cuppies for single packing.
Cuppies nie untuk dihadiahkan kepada tetamu semasa majlis perkahwinan Shima pada 14 Dec 08.



Ada 4 jenis design yang saya hasilkan untuk 500 pcs cuppies nie. Theme kaler gabungan putih-pink-purple..


Terima kasih Shima kerana memberi peluang ini kepada Sweetheartstories.

Jika anda ingin membuat tempahan seperti Shima, emelkan tempahan anda kepada cupcakesmuffins@gmail.com atau hubungi 017-3316074

Friday, December 12, 2008

Happy Birthday LANA

Happy Birthday LANA...





Tempahan dari bonda Lana khas untuk anak tersayang.
Masa hantar cupcakes nie kat pickup point di Station Petronas Mutiara Damansara sempat jugak lah saya berjumpa dangan Lana.. cute aje..
Terima kasih to Ell atas tempahan anda.. jika ada any comment, emel to me ye.

Friday, December 5, 2008

Ceritera Cinta

Kali ini saya cuba menulis sesuatu yang lain dari kebiasaannya.. Bukan berkenaan fast sale.. bukan berkenaan order cupcakes tapi sesuatu tentang perasaan dari hati..
Cerita ini datangnya dari Mie.. kisah Mie pernah saya tuliskan sedikit di blogs ini tempoh hari..
'Permulaan yang baik, harap berkekalan'
itulah satu ungkapan yang Mie mahu coretkan dlm blogs ini dgn harapan Arish mengetahui apa yang ada dalam hati Mie..
Katanya..
Perasaan sayang Mie pada Arish muncul sejak first time mereka keluar bersama.. Mie pun tak tahu kenapa perasaan tu muncul. Harapan untuk terus bersama tiba-tiba hancur dengan satu kejadian yang menimpa mereka.. Arish seumpama putus harapan dengan kajadian tu. Tetapi tidak bagi Mie.. Mie seboleh2nya berusaha untuk kembalikan Arish padanya.. Mie yakin sesuatu halangan yang menimpa pasti ada hikmahnya..
Mie akan rasa happy jika Arish baca luahan hatinya di blogs nie.. Sekurang2nya Arish tahu apa yang ada dalam hati Mie...
kata Mie lagi.. "Saya sayang Awak"
Okey.. owner Sweetheartstories berharap hubungan Mie dan Arish akan bersambung kembali..

Hantaran for Ila & Saiful

First of all.. nak ucap terima kasih bebanyak to this couple kerana telah memberi peluang kepada Sweetheartstories untuk menghasilkan cuppies hantarannya..

Sweetheartstories mencuba yang terbaik untuk mereka.. dari hiasan cuppies hinggalah ke dekorasi kotak hantaran.


Pada mulanya, saya bercadang untuk menulis nama mereka atas sugarpaste, seolah2 nama mereka ditulis atas papan dan diletakkan atas rumput.. tapi semasa proses mendeco, sugar paste tu terjatuh dan patah.. jadi saya tiada extra..
Rama-rama pula Ila mahukan warna purple..
Hasil cuppies di dalam kotak hantaran bertemakan warna purple..

Kepada sesiapa yang ingin membuat tempahan untuk cuppies hantaran seperti Ila, boleh lah hubungi di talian hotline 017-3316074 atau emelkan detail anda kepada cupcakesmuffins@gmail.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...